• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bisnes Roti John Buat Syamel Belajar Erti Kehidupan

oleh
20/05/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEBANYAKAN selebriti tempatan mempunyai pekerjaan lain sebelum mereka menceburi bidang seni. Sama juga seperti penyanyi suara emas, Syameel Aqmal Mohd Fodzly atau lebih dikenali sebagai Syamel.

Syamel mengakui bahawa sebelum memasuki program Akademi Fantasia, dia sebelum ini pernah berniaga roti john di bazar Ramadan.

Namun sejak bergelar anak seni, dia akui bahawa desakan kerja membuatkan penyanyi lagu Aku Cinta itu tidak mempunyai masa terluang untuk kembali berniaga seperti dahulu.

Dalam masa yang sama, dia turut berazam untuk memulakan semula perniagaan roti john itu di salah sebuah bazar dekat Cheras pada tahun ini, tetapi impian itu turut tidak kesampaian.

Kelewatan mendaftar membuatkan dia terlepas peluang untuk memiliki tapak di bazar berkenaan.

“Ralat betul saya kerana terlewat mendaftar untuk dapatkan tapak meniaga, tiada rezeki saya.

“Kalau ikutkan perancangan memang saya hendak berniaga roti john…rindu betul saat itu dan kemeriahan di bazar,” katanya dipetik daripada portal mStar Online.

Malah, bagi bekas naib juara program Akademi Fantasia 2015 itu, pengalaman berniaga telah memberi banyak pengajaran kepadanya dalam membentuk identiti diri pada hari ini.

Kesukaran untuk mendapatkan wang ringgit membuatkan Syamel sedar bahawa bukanlah mudah bagi seseorang itu untuk mencari rezeki.

Dalam perkembangan lain, Syamel lebih memilih untuk menghabiskan banyak masa bersama keluarganya sepanjang bulan Ramadan ini untuk memberi fokus beribadat.

“Tawaran masih ada tetapi saya hadkan untuk Ramadan kerana ini peluang saya untuk bersama keluarga dan perbanyakkan ibadat.

“Tetapi ada juga acara yang akan saya hadir termasuk majlis berbuka puasa bersama peminat di Singapura,” ujarnya lagi. – MYNEWSHUB.CC

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kaunter Bantuan Kasih Johor Ditambah, Waris Boleh Ambilkan Bantuan – Onn Hafiz

Kaunter Bantuan Kasih Johor Ditambah, Waris Boleh Ambilkan Bantuan – Onn Hafiz

28/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri akan melaksanakan beberapa langkah penambahbaikan dalam proses penyerahan Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa Keempat bagi...

DAPSY Saran PMX Bubar Parlimen Segera, PH Berpotensi Menang

DAPSY Saran PMX Bubar Parlimen Segera, PH Berpotensi Menang

28/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) menyeru Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membubarkan Parlimen supaya Pilihan Raya Umum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd