• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bisnes Mercun Untung Berganda Di Bulan Puasa

oleh AK-47
23/05/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BARU enam hari umat Islam menyambut Ramadan, pekan Takbai di selatan Thailand, pula sudah menerima kunjungan rakyat Malaysia mendapatkan bekalan mercun dan bunga api.

Mereka yang sebahagian besarnya dari Kelantan sanggup menyeberang Sungai Golok di Pengkalan Kubor untuk mendapatkan mercun dan bunga api dengan harganya pula jauh lebih murah.

Mereka namun terpaksa menggunakan bot penumpang yang berpangkalan di pangkalan haram menyeberangi sungai itu untuk ke gudang jualan bahan api di lorong tersembunyi di pekan ini.

Seorang peniaga mercun tempatan yang hanya mahu dikenali sebagai Kak Moh, 65, berkata, dia menerima pelanggan dari Malaysia bermula pada hari ketiga Ramadan.

Menurutnya, walaupun mercun dan bunga api adalah barang terlarang penjualannya serta disekat pihak berkuasa Thailand, dia tetap menjualnya kerana keuntungan lumayan yang diperoleh.

“Saya sedar risikonya kerana kerajaan kami (Thailand) juga mengharamkan penjualannya seperti di Malaysia, oleh itu saya menjualnya secara sembunyi,” katanya.

Kak Moh yang memulakan perniagaan sejak 20 tahun lalu berkata, kebanyakan pelanggan dari Malaysia akan menjual semula mercun dan bunga api yang dibeli di kedainya kepada rakan mereka pada harga lebih tinggi.

“Mereka memilih menyeberangi sempadan bagi mendapatkan mercun dan bunga api. Di sini ada pelbagai mercun dan harga pun berpatutan,” katanya.

Tinjauan di sepanjang Sungai Golok semalam, mendapati beberapa bot penumpang sibuk berulang-alik di sungai itu membawa penumpang Malaysia yang dipercayai menuju ke gudang terbabit.

Pihak berkuasa sempadan Malaysia meningkatkan operasi mereka di sepanjang Sungai Golok pada musim perayaan ini bukan saja bagi sekat kemasukan bahan terlarang itu, tetapi juga aktiviti penyeludupan lain.

Sementara itu, seorang penyeludup bahan terlarang itu yang enggan dikenali berkata, permintaan untuk mercun dan bunga api di negeri tersebut tinggi sejak kebelakangan ini.

“Sebelum ini kami hanya menerima permintaan untuk beras Thailand, tetapi sekarang bertukar kepada mercun dan bunga api yang jadi bahan panas,” katanya ditemui di satu pangkalan haram di Pengkalan Kubor.

Lelaki tempatan berusia 28 tahun itu berkata, pendapatannya menjadi dua kali ganda berbanding sebelum ini iaitu antara RM200 dan RM400 sehari. – myMetro Online

Tags: mercunseludupThailand
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden MIC, Kohilan Pillay menyuarakan kebimbangan terhadap kenaikan mendadak harga diesel di Malaysia yang didakwa...

Mercun Gergasi 19KG Diimport Dari China Dijual Hingga RM5,000 Sekotak

Mercun Gergasi 19KG Diimport Dari China Dijual Hingga RM5,000 Sekotak

25/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Menerusi satu hantaran di media sosial, seorang pengguna mendakwa mercun jenis “Dai Sheng Gui Lai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd