• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Biar Orang Nak Cakap Apa, Janji Almy Sihat” – Fizz Fairuz

oleh
15/05/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON Datuk Fizz Fairuz berasa lebih selesa mengambil sikap tidak mengendahkan tohmahan negatif netizen yang mengkritik bentuk badan isterinya iaitu Datin Almy Nadia.

Menurut pemilik nama sebenar, Fairuz Zainal Abidin, dia tidak mahu isterinya mengamalkan diet yang boleh memudaratkan diri.

“Badan Almy memang naik sebab rangka dia besar. Sebelum kahwin berat dia dalam 52 kilogram dan masa pertama kali hamil berat dia jadi 98 kilogram.

“Bila nak turun tu ambil masa. Dia pernah mencuba kurus tapi saya kata tak payahlah. Kalau nak diet itu dengan cara yang betul.

“Kalau makan pil boleh kurus tapi nanti lemak berkumpul di jantung jadi bahaya. Biarlah macam ni, orang nak cakap apa pun janji dia sihat,” kata Fizz dipetik mStar Online.

Kata Fizz lagi, dia sememangnya tidak akan mendesak Almy untuk menurunkan berat badan atau kurus kerana memahami wanita itu sibuk menguruskan anak-anak tambahan pula sedang hamil anak ketiga.

“Kalau kita desak, nanti dia pula tertekan. Nak jaga anak lagi, masa tak cukup. Saya nak mengambil pembantu rumah, dia tak nak.

“Takut orang pukul ke buat apa-apa ke. Dia nak jaga sendiri. Masa dia pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari menguruskan rumah. Selepas itu bersama anak-anak.

“Kalau dia nak turunkan berat badan, tunggu bayi ketiga lahir dahulu dan anak-anak dah besar sikit,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Fizz itu turut mendedahkan kehamilan Almy untuk kali ini berbeza berbanding sebelum ini kerana wanita itu menjadi seorang yang malas untuk berhias dan bersiap.

“Kehamilan kali ini memang berbeza daripada sebelum. Dia jadi malas nak bersiap dan berhias. Kalau sebelum ini, dia suka nak bersolek. Mungkin perubahan awal sebab kandungannya dia pun baru masuk enam minggu,” ujar Fizz.

Baca: Fizz Fairuz, Almy Nadia Bakal Timang Cahaya Mata Lagi?

Fizz dan Almy telah berkahwin pada 26 April 2014. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nur Afrina Arianna dan Aurora serta seorang anak angkat bernama Nur Afrina Darwisya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: almy nadiaFizz Fairuz
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ahli Perniagaan Mengaku Tak Bersalah Tipu Fizz Fairuz

27/07/2021
0

KUALA LUMPUR – Seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menipu pelakon...

Fizz Fairuz Lapor Polis Akaun Gosip Makcik Puaka

17/04/2019
0

KUALA LUMPUR - Selepas tujuh hari memberi tempoh permohonan maaf kepada pengendali akaun gosip Makcik Puaka atas tuduhan menyebar fitnah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd