• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Beri Generasi Muda Terajui Parti – Pemuda Terengganu

oleh Ahmad Albab
11/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Pergerakan Pemuda UMNO Terengganu hari ini mendesak presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak supaya memberi laluan kepada pelapis baharu untuk menerajui kepimpinan parti itu.

Ketuanya Mohd Johari Abu Bakar berkata kepimpinan baharu terutamanya orang muda diperlukan bagi memastikan kelangsungan parti itu pada masa hadapan.

“Transformasi menyeluruh harus dilaksanakan agar UMNO dilihat lebih segar dengan kepimpinan baharu dan bangkit berjuang seiring dengan kehendak rakyat Malaysia.

“Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah permulaan baharu untuk Malaysia di mana suara keramat rakyat telah memilih perubahan yang cukup jelas dan nyata,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Johari berkata UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu bermuhasabah sedalam-dalamnya sebelum membuka langkah baharu untuk kembali bangkit dan kekalahan dalam PRU kali ini adalah mesej yang jelas daripada rakyat untuk parti itu.

“Menuju ke hadapan, kita perlu menjadi gerakan politik yang lebih baik dan sentiasa meletakkan kepentingan rakyat melebihi kepentingan lain, kerana rakyat dan akar umbi adalah denyut nadi kita.

“BN juga perlu membuat pembaharuan dengan lebih berkesan serta pada masa sama menjadi pembangkang yang hebat dan berbisa,” katanya. – BERNAMA

Tags: UMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Ikhlas Apa? DAP Belasah Setiap Isu Yang BN Bangkitkan” – Hafiz Ariffin

“Ikhlas Apa? DAP Belasah Setiap Isu Yang BN Bangkitkan” – Hafiz Ariffin

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Pemuda UMNO, Hafiz Ariffin mempersoalkan dakwaan Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching yang menyatakan DAP ikhlas...

Rakyat Johor Tahu Siapa Sebenarnya Sombong Dan Bongkak, Akan Tunjuk Di Kertas Undi – Akmal Saleh

Rakyat Johor Tahu Siapa Sebenarnya Sombong Dan Bongkak, Akan Tunjuk Di Kertas Undi – Akmal Saleh

17/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mengemukakan soalan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd