• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Belum Boleh Tambah Anak, Serah Rezeki Kepada Allah

oleh
13/05/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELEPAS menimang cahaya mata pertama pada Mei tahun lalu, kini pasangan suami isteri sama cantik sama padan, Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam masih belum lagi mempunyai perancangan untuk menambah cahaya mata.

Salah satu sebabnya yang diberitahu oleh Sam ialah kerana ketika bersalinkan anak pertama mereka iaitu Syeriv Samheizy, Syatilla telah bersalin cara pembedahan.

Jadi mereka perlu menunggu dalam tempoh selama dua tahun sebelum menimang cahaya mata kedua.

“Doktor menasihatkan supaya isteri diberi tempoh dua tahun untuk rehat. Kami serahkan rezeki anak kepada Allah,” katanya kepada pihak Harian Metro ketika ditemui di majlis pembukaan cawangan butik Prima Valet di Wangsa Maju pagi tadi.

Dalam masa sama, Sam juga barus sahaa selesai menamatkan penggambaran panjang selama 15 bulan bagi filem Polis Evo 2 baru-baru ini.

Bagaimanapun, dalam masa ini dia akan mengambil keputusan untuk berehat untuk beberapa ketika bagi memberi fokus sepenuhnya kepada keluarga serta perniagaan koleksi baju Melayu dibawah jenama anaknya sempena Aidilfitri tidak lama lagi.

Disebabkan sering sibuk dengan kerjaya, pelakon berusia 35 tahun itu bakal membawa keluarganya pergi bercuti bagi melepaskan penat bekerja tanpa henti sebelum ini.

https://www.instagram.com/p/Bib1JjmF4op/?taken-by=samtilla

Sebab utama mengapa mereka diajukan soalan tantang cahaaya mata ialah disebabkan sebelum ini ada netizen meninggalkan komen kononnya pelakon tinggi lampai itu sedang hamil anak kedua.

Namun, ia hanyalah disebabkan angin yang bertiup sahaja sehingga menampakkan seperti perutnya besar seterusnya membuatkan netizen berfikiran Syatilla sedang hamil. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: NetizenShaheizy SamSyatilla Melvin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Kalau Anak YB, VIP Baru Laju Mereka Buat Kerja” – Netizen

“Kalau Anak YB, VIP Baru Laju Mereka Buat Kerja” – Netizen

28/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Hantaran seorang wanita dikenali sebagai Faridah Hanum yang meluahkan rasa kecewa terhadap layanan diterima di sebuah hospital...

Hati Rakyat Tersentuh, Foto Sayu YDP Agong Undang Sebak

Hati Rakyat Tersentuh, Foto Sayu YDP Agong Undang Sebak

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Hantaran di laman media sosial rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menyentuh hati ramai apabila baginda berkenan menziarahi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd