• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azwan Tanya Azmin: ‘Telur’ Kau Hilang Ke?

oleh AK-47
03/05/2018
dalam Artis, Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Selebriti kontroversi, Azwan Ali hari ini menyelar tindakan abangnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang tidak hadir ke ceramah umum barisan calon Pakatan Harapan (PAKATAN) bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Parlimen Ampang.

Azwan yang turut dikenali sebagai Diva AA itu turut bertanding sebagai calon Bebas untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa yang juga merupakan DUN Azmin.

Malah, Azwan juga bertanya jika tindakan Azmin yang mengecewakan lebih 500 penduduk Bukit Antarabangsa yang hadir ke ceramah itu adalah disebabkan kerana beliau tidak mempunyai keberanian untuk berhadapan dengannya ekoran krisis antara mereka berdua bersama arwah ibu mereka, Allahyarhamah Che Tom Yahaya atau mesra dipanggil Mak Tom.

“Tinggal berapa hari lagi untuk pilihanraya, batang hidung pun tak nampak. ‘Telur’ kau hilang ke?” soal Azwan secara sinis.

“Sudah tiga bulan saya cabar dia untuk tampil ke hadapan untuk jawab apa yang dia tohmah saya dengan Mak Tom tapi sehingga ke hari ini dia (Azmin) tak jawab. So, another issue,” tambah Azwan lagi.

Beliau turut mendakwa mempunyai terlalu banyak aib tentang Azmin yang boleh ‘ditelanjangkan’ kepada umum, namun beliau enggan melakukan sebegitu kerana masih mahu memberi peluang kepada abangnya itu untuk bermuhasabah diri.

Namun menurut Azwan, beliau enggan mengulas lanjut mengenai kemelut antaranya dengan Azmin dan ibu mereka kerana baginya, perkara itu terlalu peribadi untuk diceritakan.

Dalam pada itu, sakwa Azwan, yang ditemui semasa kempen sedekah nasi lemak, nasi tomato dan lauk-pauk lain dari gerai Maznah Corner di Bukit Antarabangsa, jam 6 petang tadi, kritikan lantangnya terhadap Azmin bukanlah sekadar omong kosong kerana beliau yakin ramai penduduk kawasan itu yang bersetuju bahawa Azmin tidak melakukan sebarang perubahan sepanjang lima tahun perlantikannya.

“Bukit Antarabangsa tetap seperti ini; sekolah tak ada, longkang tersumbat, air pun tak ada!

“Bukan sahaja itu, malah pengangkutan awam pun tidak disediakan di sini. Ini ternyata amat menyusahkan penduduk setempat yang rata-ratanya terdiri daripada yang berkeluarga,” kata Azwan lagi sambil memanggil orang ramai merapati gerai makanan tersebut.

Bagi Azwan, terpilih ataupun tidak bukanlah menjadi keutamaannya kerana apa yang penting adalah beliau mahu berkempen dengan caranya yang tersendiri dan mahu menjadi wakil yang mesra bersama rakyat.

PRU14 kali ini menyaksikan Azwan menentang abangnya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PKR, Ahmad Kamarudin (Parti Rakyat Malaysia), Salwa Yunus (Barisan Nasional) dan Syarifah Hazlizah Syed Ariffin (PAS). – MYNEWSHUB.CC

Tags: Azmin AliAzwan Ali
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azwan Ali Umum ‘Bersara’, Tak Bertanding PRN Sebab Kecewa

Azwan Ali Umum ‘Bersara’, Tak Bertanding PRN Sebab Kecewa

29/07/2023
0

PETALING JAYA : Sering muncul dalam beberapa siri pilihan raya atas tiket bebas, selebriti kontroversi, Azwan Ali mengumumkan sudah ‘bersara’...

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

25/07/2023
0

KUALA LUMPUR : Perikatan Nasional (PN) yakin mampu memperoleh sekurang-kurangnya 33 kerusi di Selangor, sekali gus merampas tampuk pentadbiran negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd