• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Asrama Terbakar Dihuni 85 Pelajar Maahad Al Baidha’ Li

oleh Ahmad Albab
20/05/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

REMBAU – Maahad Al Baidha’ Li Takwin Al Ulama‘ menjelaskan asrama pelajar lelaki yang musnah dalam kejadian kebakaran awal pagi tadi, merupakan asrama penuntutnya menumpang sementara di Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS), dekat sini.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, maahad itu berkata kebenaran menumpang sementara di premis STIAS dengan penggunaan asrama dan tempat belajar berasingan dibenarkan Kementerian Pendidikan, sementara menunggu bangunan milik mereka yang kini dalam pembinaan siap sepenuhnya.

Kenyataan itu menyebut ketika kebakaran tersebut berlaku, segala usaha serta pelan tindakan kecemasan digerakkan segera oleh warden dan guru untuk mengeluarkan semua pelajar di kawasan lapang dan selamat.

“Semua pemeriksaan terhadap pelajar dilakukan dengan segera bagi memastikan bilangan mencukupi dan selamat. Kesemua 85 pelajar Maahad Al Baidha’ Li Takwin Al Ulama‘ berada dalam keadaan selamat. Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut.

“Pihak Maahad Al Baidha’ Li Takwin Al Ulama’ telah dan sentiasa membuat pemeriksaan rutin pendawaian di semua bangunan milik maahad itu dan memastikan semuanya dalam keadaan baik,” kata maahad tersebut.

Maahad berkenaan berkata pihaknya juga akan memberi kerjasama penuh dalam siasatan kebakaran berlaku pada 1.58 pagi tadi itu, melibatkan dua dorm penginapan pelajar yang musnah 90 peratus. – BERNAMA

Tags: kebakaran
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

15/02/2026
0

KOTA BELUD: Seorang bapa melecur pada muka dan badan selepas nekad meredah api bagi menyelamatkan isteri serta tiga anaknya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd