• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Asalkan MB Bukan Saya Dan Azlan – Ismail

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMELUT… Datuk Ismail Kassim merafak sembah kepada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail untuk lantik calon lain selain dirinya dan Datuk Seri Azlan Man sebagai menteri besar.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambun Tulang itu juga mencadangkan mana-mana lapan ADUN Barisan Nasional (BN) yang lain untuk menerajui negeri berkenaan.

“Demi menyelesaikan kemelut yang berlaku ini, kami mencadangkan mana-mana satu antara ​​mereka ​untuk dicalonkan sebagai Menteri Besar.

“Mereka ini malahan mempunyai pelbagai latar belakang yang tidak ada masalah memimpin negeri, asalkan bukan saya dan Azlan.

“Kami bersedia untuk bersama-sama menghadap Tuanku sekiranya dipanggil bagi memperbetulkan keadaan demi kebaikan rakyat Perlis,” katanya kepada pemberita di sini malam tadi.

Katanya, beliau tidak mahu dilihat sebagai gila kuasa atau menteri besar boneka hanya kerana namanya dicalonkan oleh abangnya yang juga Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Tuanku Syed Sirajuddin hari ini menzahirkan rasa dukacita susulan tindakan sembilan ADUN BN yang tidak hadir pada majlis pelantikan dan angkat sumpah Azlan sebagai menteri besar Perlis hari ini.

Kesemua mereka tidak hadir kerana dikatakan tidak bersetuju dengan pelantikan ADUN Bintong tersebut.

BN memenangi 10 daripada 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis pada Pilihan Raya Umum ke-14, 9 Mei lepas, untuk membentuk kerajaan negeri dengan majoriti dua pertiga. – BERNAMA

Tags: Datuk Ismail KassimDatuk Seri Azlan ManPerlis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Five-Nation Stamp Exhibition Perlis 2026 Set to Attract Visitors to Kangar

Five-Nation Stamp Exhibition Perlis 2026 Set to Attract Visitors to Kangar

22/09/2026
0

KANGAR, PERLIS — The Five-Nation Stamp Exhibition Perlis, Malaysia 2026 will be held from 25th to 27th September 2026 at...

Mufti Perlis Ulas Kes NGO Didakwa Seleweng Dana Zakat

Mufti Perlis Ulas Kes NGO Didakwa Seleweng Dana Zakat

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin tampil memberi ulasan berhubung kes sebuah badan bukan kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd