• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 9, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anwar Kata Wan Azizah Tolak Jadi PM

oleh Haris
17/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TOLAK… Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dikatakan menolak jawatan Perdana Menteri sewaktu ditawarkan jawatan itu oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, sebelum ini.

Perkara itu didedahkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengatakan bahawa selepas proses penjumlahan undi selesai, isterinya telah dicadangkan sebagai calon perdana menteri oleh baginda sendiri.

Bagaimanapun, Presiden PKR itu menolak tawaran tersebut memandangkan telah ada perjanjian dalam Pakatan Harapan (PH) untuk Tun Dr. Mahathir Mohamad dilantik bagi mengisi jawatan berkenaan.

“Lepas kira undi, Azizah selaku Presiden PKR dapat jumlah kerusi terbanyak dan semua bertanding bawah simbol PKR, maka beliau (Azizah) dicadangkan Yang di-Pertuan Agong, ditanya sama ada bersedia untuk menjadi perdana menteri?

“Azizah jawab patik tidak bersedia sebab kita (PH) dah buat perjanjian dalam Pakatan Harapan bahawa Tun Dr. Mahathir akan dilantik sebagai Perdana Menteri,” katanya dipetik Sinar Harian Online.

Anwar berkata demikian ketika menyampaikan ucapannya di hadapan lebih 5,000 penyokong PH dalam Himpunan Merdeka Rakyat yang diadakan di Padang Timur, Petaling Jaya, Selangor, malam tadi.

Anwar berkata Sultan Muhammad V telah bertitah bahawa jarang sekali ahli politik yang ditawarkan peluang besar itu menolak disebabkan dasar berpegang pada janji.

Bagaimanapan menurut Anwar, isterinya itu telah membuat satu pemohonan kepada baginda untuk menyegerakan pembebasan beliau yang kemudiannya dipersetujui Yang di-Pertuan Agong.

“Tapi Azizah minta satu perkara kepada Tuanku, iaitu patik pohon kiranya suami patik dibebaskan segera. Agong bertitah baginda akan melaksanakan permohonan itu dengan segera.

“Kita ucap terima kasih kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebab setelah pegang jawatan telah segerakan proses pengampunan,” ujarnya.

Anwar dibebaskan pada Rabu selepas Yang di-Pertuan Agong berkenan memberi pengampunan penuh kepadanya yang menyaksikan beliau diberikan kebebasan serta-merta.

Dalam pada itu, Anwar turut berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah menjalankan tanggungjawab dengan baik dan memainkan peranan penting dalam Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu.

“Tapi saya nak ulang, paling berjasa dalam semua ini ialah kebangkitan rakyat Malaysia. Apalah saya tanpa anda.

“Siapalah saya tanpa saudara saudari, saya tak akan saya kekal, ini sejarah bagaimana rakyat bangkit tentukan hak mereka,” katanya. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Tags: Datuk Seri Anwar Ibrahim
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tekong Bot Warga Vietnam Tawar Rasuah Didakwa

Next Post

Tak Mahu Bergantung, KPMS Projek Akhir Nana-Alif

Related Posts

Kerajaan Pantau Rapat Perkembangan Terkini Ketegangan Di Asia Barat – PM Anwar

Kerajaan Pantau Rapat Perkembangan Terkini Ketegangan Di Asia Barat – PM Anwar

14/04/2024
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang memantau rapat perkembangan yang berlaku di Asia Barat ketika ini serta kedudukan pasaran kewangan, termasuk potensi...

IPT Perlu Teroka Pengajian Baharu Bidang Ekonomi, Kesejahteraan Dan Kelestarian – Anwar

IPT Perlu Teroka Pengajian Baharu Bidang Ekonomi, Kesejahteraan Dan Kelestarian – Anwar

31/10/2023
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan Perpaduan akan terus memberi dorongan dan dukungan kepada semua institut pengajian tinggi (IPT) khususnya dalam usaha meneroka...

Next Post

Tak Mahu Bergantung, KPMS Projek Akhir Nana-Alif

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd