• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anwar Ibrahim Tidak Lupa Jasa Rakyat

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kebebasan yang dikecapi hari ini adalah kerana kebijaksanaan rakyat Malaysia yang inginkan perubahan.

Ketua Umum PKR itu berkata tanpa kebijaksanaan rakyat Malaysia yang berbilang kaum adalah mustahil berlaku perubahan yang besar dalam sejarah pemerintahan negara ini.

“Saya takkan ada di sini kalau rakyat tidak menentukan…ia adalah rakyat Malaysia tanpa mengira kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain yang menggemparkan negara dan memberi saya kebebasan.

“Saya tidak akan lupa jasa rakyat dan perjuangan mereka. Ini pengajaran bagi saya. Jangan lupa kamu bebas kerana rakyat,” katanya pada Pidato Datuk Seri Anwar Ibrahim di Seberang Perai Arena, di sini malam ini.

Turut hadir, Anggota Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow serta barisan kepimpinan Pakatan Harapan (PH) negeri.

Sehubungan itu, Anwar berkata setiap pemimpin PH yang dipilih perlu membalas jasa rakyat dan jangan sesekali mengkhianati amanah dan harapan rakyat.

Beliau berkata pemimpin PH juga jangan melenting sekiranya dikritik dan ditegur oleh rakyat serta media sebaliknya mereka perlu memberi penjelasan kepada setiap teguran dan kritikan yang dibuat.

“Sekarang baru lagi, kita nampak media banyak puji. Tapi sebaik ‘settle down’, media berhak mengkritik kerana cara media mengampulah pemimpin rosak.

“Sebab itu kita mesti terima kenyataan daripada media, suara rakyat harus bebas untuk berikan pandangan dan teguran,” katanya.

Anwar berkata sebagai penghargaan kepada rakyat, beliau akan mengadakan jelajah ke seluruh negara untuk menyatakan terima kasih kepada rakyat Malaysia. – BERNAMA

Tags: Anwar Ibrahim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kesatuan Pekerja Bank Dakwa Telah Hantar 43 Surat Kepada PMX, Tetapi…

Kesatuan Pekerja Bank Dakwa Telah Hantar 43 Surat Kepada PMX, Tetapi…

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) mendakwa sebanyak 43 surat telah dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekadar menasihatkan pemandu supaya lebih berhati-hati di jalan raya tidak mencukupi untuk menangani isu kemalangan dan kehilangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd