• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anwar Berbuka Bersama Hampir 500 Penyokongnya

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bagi yang telah terlalu lama hidup berjauhan dengan keluarga, peluang berbuka puasa bersama keluarga pada hari pertama Ramadan pastinya tidak akan dilepaskan.

Berlainan ceritanya dengan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengambil kesempatan berbuka puasa bersama hampir 500 penyokongnya pada Majlis Iftar bersama Anwar Ibrahim di kediamannya di sini, malam ini.

Nyata kediamannya di Bukit Segambut Dalam itu kelihatan kecil dan sempit apabila para penyokongnya termasuk yang berbangsa Cina dan India hadir untuk bertemu pemimpin itu.

Anwar dibebaskan semalam selepas Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan memberi pengampunan penuh kepada beliau.

Pembebasan Anwar yang dipenjarakan sejak Februari 2015 itu menjadi lebih bermakna apabila ia dibuat sehari sebelum umat Islam menyambut kedatangan Ramadan, hari ini.

Majlis malam ini dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah, diikuti dengan majlis berbuka puasa, solat Isyak dan Terawih berjemaah, dan diakhiri dengan tazkirah yang disampaikan Anwar sendiri.

Dalam tazkirah itu, Anwar mengingatkan kepada penyokong yang hadir dan wakil-wakil rakyat Pakatan Harapan supaya tidak sombong dengan kemenangan yang diperoleh.

“Saya percaya kita akan selamat kalau kita akan dapat pastikan jika PKR dan Pakatan Harapan tetap di dalam landasan. Akhirnya ini semua adalah soal akhlak.

Jangan kemenangan kita itu menghilangkan rasa syukur kita kepada Allah Taala. Maka kita tegakkan keadilan mengikut proses yang telah ditetapkan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Anwar Ibrahim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kesatuan Pekerja Bank Dakwa Telah Hantar 43 Surat Kepada PMX, Tetapi…

Kesatuan Pekerja Bank Dakwa Telah Hantar 43 Surat Kepada PMX, Tetapi…

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) mendakwa sebanyak 43 surat telah dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekadar menasihatkan pemandu supaya lebih berhati-hati di jalan raya tidak mencukupi untuk menangani isu kemalangan dan kehilangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd