• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anak Sumber Kekuatan, Erma Tak Mahu Cari Pengganti

oleh
24/05/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HAMPIR sepuluh bulan menjalani hidup bersama anak-anak tanpa kehadiran insan tersayang, pelakon dan penerbit Erma Fatima kini tidak merasai perbezaan menyambut Ramadan tanpa suami di sisi.

Malah, Erma masih mempunyai kekuatan apabila anak-anaknya sentiasa menjadi penyebab dia untuk sentiasa kuat selepas bercerai bersama bekas suami, Badaruddin Azmi atau Bade pada 17 ogos tahun lalu.

“Saya rasa biasa… Tidak ada apa yang berbeza sama ada dia (Bade) ada ataupun tidak. Ini kerana mungkin sejak dulu lagi saya sudah dilatih oleh Bade untuk berpuasa bersama anak-anak memandangkan dia akan bergilir-gilir berpuasa di rumah sana (bekas isteri kedua).

“Rutin saya setiap hari kena memasak juadah berbuka untuk anak-anak sebab mereka ada dengan saya. Bagi saya, harta paling berharga adalah anak-anak dan tak pernah terfikir hendak cari pengganti bagi mengisi kekosongan hidup,” katanya ketika ditemui oleh pihak BH Online.

Bagaimanapun, Erma kini lebih bahagia menjalani hidupnya bersama lima orang cahaya matanya yang sering memberi sokongan sepanjang bergelar seorang ibu tunggal.

Dalam masa yang sama, Erma turut belum bersedia untuk mengenali mana-mana lelaki baharu untuk menjalinkan hubungan rapat.

Selain itu, pelakon utama drama Mak Cun itu juga tidak pernah sedikit pun terlintas untuk mencari pengganti hidup selepas hidup selama 27 tahun bersama suami walaupun sudah diceraikan dengan talak satu.

“Saya sudah tua, tak ada sesiapa yang berani dekat. Susah untuk mula balik dan nak faham orang baharu. Cukuplah ada anak-anak sebagai peneman kerana merekalah syurga hidup saya sekarang.

“Seperti selalu, bulan puasa memang saya akan kosongkan untuk anak-anak dan tak ambil sebarang tawaran. Setiap masa sepanjang Ramadan saya akan bersama mereka.

“Kalau ada undangan majlis berbuka, sama ada saya bawa mereka bersama atau anak-anak berbuka di rumah. Macam hari ini, saya terpaksa tinggalkan mereka berbuka di rumah sebab tak sempat.

“Esok (hari ini) saya pergi ke Kedah kerana ada program berbuka puasa bersama anak yatim. Saya akan bawa anak-anak bersama supaya mereka belajar apa yang dilalui anak-anak yatim,” ujarnya lagi.

https://www.instagram.com/p/BjITtY9FLKf/?taken-by=ermafatima

Erma kini baru sahaja melancarkan permainan mudah alih diberi nama Mak Cun’s Advanture bersama beberapa orang kuat Media Prima. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: Erma FatimaNetizen
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Beri Peluang Shafie Pegang Portfolio Kewangan

Next Post

Bomba Lahad Datu Selamat Harta Lebih RM1 Juta

Related Posts

Netizen Kecam Jenaka Keterlaluan Pelawak Singapura Perlekeh Malaysia

Netizen Kecam Jenaka Keterlaluan Pelawak Singapura Perlekeh Malaysia

07/06/2023
0

KUALA LUMPUR : Seorang pelawak wanita kelahiran Singapura, disifatkan bertindak keterlaluan ketika memperlekehkan Malaysia dalam satu persembahan komediri bertajuk 'Singapore...

Netizen Mahu Usia Persaraan Kembali 50-55 Tahun, Beri Peluang Bakat Baru

Netizen Mahu Usia Persaraan Kembali 50-55 Tahun, Beri Peluang Bakat Baru

12/04/2023
0

KUALA LUMPUR : Sebahagian besar pembaca BH dalam tinjauan media sosial memilih usia persaraan dikekalkan kepada 60 tahun. Ikuti Mynewshub: Telegram...

Next Post

Bomba Lahad Datu Selamat Harta Lebih RM1 Juta

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd