Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

KPN Buat Lawatan Mengejut...

PETALING JAYA: Berpegang kepada prinsip kepimpinan melalui teladan, Ketua Polis Negara, Tan Sri...

Penjual Telefon Didakwa Urus...

KUALA LUMPUR - Seorang penjual telefon mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di...

Pengarah CIA Beri Taklimat...

WASHINGTON - Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA), Gina Haspel, akan memberikan taklimat tertutup...

Pemandu Teksi Kulim Sedia...

KULIM - Lebih 80 pemandu serta pengusaha teksi dan bas ekspres di stesen...

Bomba Lahad Datu Selamat Harta Lebih RM1 Juta

LAHAD DATU – Tindakan pantas Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu memberi respons kepada 85 panggilan kebakaran dan penyelamatan di daerah ini telah menyelamatkan harta benda dengan nilai taksiran RM1,123,465 sejak Januari hingga awal Mei ini.

Ketua Balainya Darren John berkata langkah itu, sekali gus merekodkan kerugian harta benda sebanyak RM602,060 bagi tempoh sama.

“Pihak bomba menerima 36 panggilan kebakaran, 46 panggilan penyelamatan (di jalan raya) serta satu panggilan tugas-tugas khas,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Dalam pada itu, pihaknya turut merekodkan kematian empat mangsa dengan masing-masing satu dalam operasi kebakaran dan tiga lagi sewaktu operasi penyelamatan.

“Menerusi operasi penyelamatan bomba turut menyelamatkan 19 mangsa termasuk 11 yang cedera,” katanya lagi.


Sementara itu, Darren berkata sepanjang tahun lalu, pihaknya berjaya menyelamatkan harta benda bernilai RM66,902,195.78 dan nilai taksiran kerugian RM6,636,165.22 di Lahad Datu. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Kategori