• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aminuddin, Belia Tonton Perlawanan Akhir UCL

oleh Ahmad Albab
27/05/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun meluangkan masa bersama golongan belia menonton perlawanan akhir Liga Juara-Juara (UCL) antara pasukan Real Madrid dan Liverpool di Kompleks Belia dan Sukan Paroi di sini, awal pagi tadi.

Kira-kira 2,000 penyokong kedua-dua pasukan itu menyaksikan perlawanan yang dianjurkan badan bukan kerajaan (NGO) Waris Nismilan dan agensi kerajaan, antaranya Jabatan Penerangan yang menyediakan skrin layar gergasi.

Setiausaha Program Sahur Bola Norazizi A Aziz berkata terdapat pelbagai pengisian yang dibuat antaranya pameran, gerai jualan, tazkirah, qasidah dan perlawanan bola sepak Liga Super Negeri Sembilan melawan Kelantan sebelum acara kemuncak tayangan perlawanan akhir UCL pada 2.45 pagi.

“Kami menganjurkan program Sahur Bola ini untuk menyatukan anak muda dalam medium sukan tanpa mengira fahaman politik dan juga kaum dengan membuat tayangan perlawanan antara Real Madrid dan Liverpool secara langsung menggunakan layar gergasi.

“Di kesempatan ini juga, pihak kami menjemput menteri besar dan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Belia Dan Sukan Mohd Taufek Abd Ghani untuk bersama dengan anak muda secara santai menyaksikan perlawanan pagi ini,” katanya di sini, hari ini.

Norazizi berkata sebaik perlawanan tamat, bagi mengakhiri program Sahur Bola pengunjung turut bersama-sama menunaikan solat subuh berjemaah di Masjid Kariah Paroi Jaya.

Terdahulu, seramai 100 penunggang basikal melakukan kayuhan santai sejauh 10 kilometer di sekitar bandar Seremban, yang turut disertai peminat basikal tua dan klasik.

Pada perlawanan itu, Real Madrid dinobatkan sebagai juara apabila mengalahkan Liverpool dengan keputusan tiga berbalas satu. – BERNAMA

Tags: Aminuddin Harun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Aminuddin Nafi Anak Dipanggil SPRM

06/02/2020
0

SEREMBAN - Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menafikan dakwaan pihak tertentu bahawa anaknya dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Kesal Pegawai MB N.Sembilan Hina Wartawan ‘Bingai’

25/04/2019
0

SEREMBAN - Kelab Media Negeri Sembilan (MANIS) kesal dengan kenyataan pembantu kepada Menteri Besar Negeri Sembilan yang menggelarkan wartawan Sinar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd