• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Alhamdulillah, Terima Kasih Tuanku” – Anwar

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Alhamdulillah, terima kasih Tuanku.”

Itulah reaksi pertama Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Istana Negara di sini susulan pembebasannya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama sebelum beredar meninggalkan perkarangan Istana Negara di sini, hari ini.

Anwar, 71, dibebaskan serta-merta setelah rayuan pengampunan penuhnya yang diputuskan Lembaga Pengampunan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Dengan wajah yang tidak lekang dengan senyuman, Anwar berkata fokus beliau kini ialah untuk pulang ke rumah dan meluangkan masa bersama keluarga tercinta.

Bersama Anwar, isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya Nurul Izzah.

Dr. Wan Azizah berkata beliau memanjatkan syukur di atas pembebasan suaminya hari ini.

“Ia adalah detik yang sungguh bermakna. Saya sangat bersyukur dan lega, Ia satu permulaan untuk membina negara,” kata Dr. Wan Azizah.

Sementara itu, Nurul Izzah berkata beliau bersyukur di atas pembebasan bapanya yang juga ketua umum PKR dan menyifatkan keadilan telah ditegakkan menerusi pembebasan itu.

“Saya menjunjung kasih kepada baginda tuanku,” katanya.

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pula berkata pihak kepimpinan parti akan menyusun jadual Anwar agar bekas timbalan perdana menteri itu dapat memainkan peranan lebih aktif dalam politik negara.

“Alhamdulillah kita bersyukur selesai semua masalah atas limpah perkenan Tuanku untuk memberikan pengampunan penuh kepada Anwar dan kembalikan hak yang sepatutnya sebagai warganegara untuk terus menjalankan tugas dan tanggungjawab beliau kepada rakyat dan negara,” katanya.

Rayuan pengampunan penuh Anwar dibentangkan dan dipertimbangkan mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-51 yang berlangsung hari ini.

Menurut kenyataan rasmi Istana Negara, Sultan Muhammad V dengan dinasihatkan Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kula Lumpur, Labuan dan Putrajaya telah berkenan rayuan pengampunan penuh Anwar dibenarkan dan dibebaskan serta-merta berkuat kuasa hari ini selaras dengan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.

Anwar menjalani hukuman lima tahun penjara pada Februari 2015 selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan bersalah berhubung kes liwat.

Anwar, yang dipenjarakan di Penjara Sungai Buloh, dijadual dibebaskan pada 8 Jun. – BERNAMA

Tags: Anwar IbrahimYang di-Pertuan Agong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kesatuan Pekerja Bank Dakwa Telah Hantar 43 Surat Kepada PMX, Tetapi…

Kesatuan Pekerja Bank Dakwa Telah Hantar 43 Surat Kepada PMX, Tetapi…

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) mendakwa sebanyak 43 surat telah dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-44, Netizen Titip Doa Hingga Jannah

Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-44, Netizen Titip Doa Hingga Jannah

22/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah hari ini meraikan ulang tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd