Monday, November 11, 2024

Creating liberating content

Polis Sahkan Sirul Azhar...

KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan Koperal Sirul Azhar Umar telah ke Australia, Oktober...

2 Remaja Didakwa Bunuh...

TEMERLOH - Dua remaja dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas...

Banjir: Mangsa Kekal 20...

MELAKA - Seramai 20 mangsa banjir kilat di Melaka masih berada di pusat...

Aksi ‘Breakdance’ Si Kecil...

Nikos, si comel yang merupakan anak kepada pasangan Dominik Hungr dan Katerina Kufaki...

Alahai Atuk M… Kasihanilah Anak Cucu Sendiri

VIDEO klip drama pendek Harapan/Kasihanilah Atuk yang tersebar pada 28 April bukan sahaja menjahanamkan legasi kroni politik Mahathir tetapi ibarat menjirus minyak ke dalam api yang menyala berhubung kehidupan songsang anak cucunya.

Mirzan Mahathir terkait kerana pernah menjadi tauke arak dalam St Miguel. Namun paling teruk adalah gaya hidup dua anak angkatnya yang dikaitkan dengan kesongsangan identiti.

Foto imej pengkid anak angkatnya Maizura Mahathir dengan setin bir mengheret haters Mahathir untuk mendorong penasihat PBBM ini untuk lebih bersedih melihat keadaan anak cucunya.

Maizura Mahathir yang dididik sejak kecil oleh mantan Perdana Menteri selama 22 tahun ini menjejaskan dengan teruk nama baik Mahathir dalam konteks mendidik anak-anak. Foto Maizura dengan imej pengkidnya menceritakan segala-galanya.

Lihat foto di bawah dan anda akan tahu, apa persepsi umum terhadap Mahathir berdasarkan imej Maizura.

Manakala foto Mahzar Mahathir dengan imej songsang yang mencurigakan mencetuskan fitnah yang teruk terhadap legasi Mahathir sebagai seorang atuk tua yang berusia 93 tahun dan sangat bercita-cita untuk kembali menjadi Perdana Menteri melalui PRU14.

Foto kehidupan mewah cucunya Ally Mukhriz bergaya diatas kapal mewah ketika bercuti di Eropah turut menjejaskan imej Mahathir dengan teruk berhubung akhlak cucunya.


Ally, anak Mukhriz dalam laporan akhbar yang tersebar memberi gambaran bahawa kehidupan seksi dan gaya puteri mewahnya itu tidak relevan untuk menjadikan bapanya sebagai pemimpin apa lagi sebagai calon ahli parlimen Jerlun.

Secara ringkasnya, Mahathir tidak perlu menangis dalam klip filem pendek itu dengan berpura-pura sebagai orang tua yang prihatin pada nasib bangsa.

Pada usia tuanya, Mahathir sepatutnya menangis mengenai kehidupan anak-anak dan cucu cucunya yang memberikan gambaran bapa dan atuk mereka tidak layak pun untuk bergelar seorang negarawan. – MYNEWSHUB.CC

*Video sekadar hiasan…

Kategori