• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Adly Zahari Bukan Pengikut Syiah – Mufti Melaka

oleh Ahmad Albab
15/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Mufti Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil berkata Adly Zahari berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah dan laporan yang tular dalam media sosial yang mengaitkannya dengan ajaran Syiah adalah tidak benar.

“Saya sebagai mufti kerajaan negeri telah bertemu sendiri dengan Ketua Menteri Melaka itu berhubung dakwaan yang mengaitkannya dengan ajaran Syiah dan setelah mendapatkan keterangan yang jelas daripadanya saya berpuas hati.

Abdul Halim berkata, menerusi perjumpaan itu Adly menegaskan beliau dididik dan dibesarkan serta berpegang pada manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah yang berpandukan Al-Quran, Hadith, Ijmak dan Qiyas.

Beliau berkata Adly juga berpegang kepada prinsip akidah Al-Asyairiyah, Al-Mathuridiyyah, Fiqh Syafi’eyah dan Taswauf Ahlak Imam Al-Ghazali.

“Berkaitan gambar yang ditularkan di media sosial yang mengaitkan beliau dengan pengikut Syiah Adly menjelaskan bahawa gambar itu diambil ketika beliau mengadakan lawatan ke beberapa negara Timur Tengah beberapa tahun lepas,” katanya.

Menurut Abdul Halim kata-kata hikmah yang dikongsi Adly di media sosialnya pula mempunyai mesej dan makna baik serta boleh dijadikan motivasi untuk dikongsikan.

Justeru, katanya masyarakat Islam hendaklah sentiasa mengamalkan kaedah bertabayyun iaitu menyelidik atau mengkaji terlebih dahulu sebelum menyebarkan sesuatu perkara yang tidak jelas dan belum pasti khususnya menerusi media sosial.

Beliau berkata kaedah berkenaan perlu menjadi amalan hidup setiap umat Islam bagi mengelak timbulnya sebarang kontroversi atau menjadi polimik masyarakat khususnya melibatkan isu sensitif. – BERNAMA

Tags: Adly Zahari
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ozil, Gündogan Dikecam Tunjuk Sokongan Erdogan

Next Post

Prestasi Ringgit Lebih Baik Selepas Keyakinan Pelabur

Related Posts

Ketua Menteri Melaka Ditamatkan Perkhidmatan

03/03/2020
0

PENGERUSI Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari mengesahkan perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri Melaka sudah ditamatkan sejak 4 petang semalam. Adly...

Adly Enggan Lepaskan Jawatan Ketua Menteri Melaka

03/03/2020
0

AYER KEROH - Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari enggan melepaskan jawatan sebagai Ketua Menteri walaupun tidak memperoleh sokongan...

Next Post

Prestasi Ringgit Lebih Baik Selepas Keyakinan Pelabur

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd