• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Prestasi Ringgit Lebih Baik Selepas Keyakinan Pelabur

oleh Ahmad Albab
15/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Prestasi ringgit akan menjadi lebih baik selepas keyakinan pelabur terhadap ekonomi mahu pun negara ini kembali pulih, kata Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.

Ketika menegaskan perkara itu, bekas Gabenor Bank Negara itu berkata kerajaan baharu juga sedang berusaha gigih bagi menangani semua isu yang mencetuskan rasa bimbang.

“Saya yakin asas-asasnya masih ada. Apabila rejim fiskal dan keadaannya pulih kembali, ini akan menyumbang ke arah peningkatan penarafan (Malaysia).

“Ini disebabkan semua kategori lain – sistem kewangan, keadaan makroekonomi, inflasi dan kestabilan kewangan sudah sedia ada dan sepatutnya mendapat penarafan lebih tinggi.

“Namun, disebabkan isu fiskal ini, saya faham yang kita diberi penarafan A walaupun kita (Malaysia) berpotensi untuk mendapat AA,” katanya yang juga antara lima anggota Majlis Penasihat Kerajaan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bersama pengurus dana di sini, hari ini.

Menurut Zeti, kerajaan juga mahu memulihkan kedudukan fiskal baik dari sudut perolehan dan perbelanjaan agar dapat melaksanakan langkah seperti meneliti semula keutamaan projek-projek, usaha bagi meningkatkan kecekapan dan mengurangkan pembaziran.

Mengulas pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang merupakan sebahagian daripada manifesto kerajaan Pakatan Harapan (PH), beliau menegaskan usaha itu akan dilaksanakan mengikut peraturan dan proses sedia ada.

“Tun Dr. Mahathir Mohamad sentiasa menyatakan bahawa undang-undang dan peraturan itu wujud dalam negara ini. Kita tidak akan bertindak bertentangan daripada sebarang peraturan dan proses dalam usaha menjalankan perubahan sewajarnya.

“Sehubungan itu, apa yang kita lakukan dalam tempoh 100 hari ini adalah mengumumkan tindakan yang akan diambil. Proses seterusnya samada ini perlu dibawa bagi mendapatkan kelulusan Parlimen, akan dibuat selepas itu,” katanya.

Malah, kata Zeti, sebarang keputusan yang diambil dengan semua aspek termasuk strategi, proses, teknologi dan sistemnya akan turut diumumkan kepada orang ramai.

“Semua langkah yang diambil adalah secara menyeluruh dan tidak dilakukan dengan menumpukan perkara tertentu sahaja. Jika tidak, akan timbul isu lain yang perlu ditangani juga,” katanya.

Selain itu, kira-kira 180 pengurus dana tempatan dan asing menghadiri mesyuarat yang berlangsung selama dua jam.

“Hasilnya kelak adalah amat positif. Mesyuarat ini amat membantu kerana mereka yang terlibat dalam Majlis (Penasihat Kerajaan) juga sudah lama berada dalam bidang ekonomi ini sebelumnya. Para pengurus dana ini juga telah diberi jaminan mengenainya,” katanya. – BERNAMA

Tags: Zeti Akhtar Aziz
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah: Zeti Hadir Saksi Dalam Perbicaraan 1MDB

Mahkamah: Zeti Hadir Saksi Dalam Perbicaraan 1MDB

26/07/2023
0

KUALA LUMPUR – Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Zeti Akhtar Aziz hadir dan dijangka dan memberi kenyataan...

Isu Zeti : Banyak Soalan Tidak Dijawab

02/12/2021
0

SPRM sudah buat pendedahan. Najib juga sudah buat laporan polis. Rakyat tunggu tindakan seterusnya kerana timbul terlalu banyak persoalan. Siapa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd