• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Adakah Bayaran Tanpa Tunai Diterima Semua Orang?

oleh
02/05/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEKNOLOGI serba canggih banyak membantu memudahkan kerja-kerja manusia termasuklah dalam pembayaran melalui kad kredit dan perbankan digital. Namun, adakah bayaran cara ini mampu memberi manfaat buat semua?

Bayaran tanpa tunai dapat dilihat melalui negara Sweeden dan India yang merupakan antara negara menekankan bayaran melalui internet. Tinjaun telah dilaksanakan oleh BBC News terhadap orang awam di dua negara berkenaan.

Seorang warga Sweeden, Maijlis Jonsson berusia 73 tahun yang menetap di Stockholm menjalani kehidupan aktif bersama-sama rakannya, bertemu di kedai kopi dan mengembara di sekitar bandar.

Bagaimanapun, Sweden yang menggunakan sistem tanpa tunai sepenuhnya selama beberapa tahun kebelakangan ini dengan nisbah satu daripada lima urus niaga kedai di sana hanya menggunakan pembayaran tunai telah menimbulkan sedikit ketidakselesaan wanita itu.

“Saya fikir jika wang tunai sudah tak digunakan sepenuhnya, ia akan menjadi masalah yang sangat besar. Saya risau hal tersebut akan berlaku cepat,” katanya.

Menurutnya lagi, pembayaran jumlah yang kecil sebanyak $9 (RM35) juga perlu dilangsaikan melalui internet yang agak leceh dan tidak semua mahir menggunakan pembayaran secara atas talian.

Kini, kerajaan Sweeden telah menetapkan peraturan kepada pekedai untuk menolak pembayaran secara wang tunai.

Berikutan itu, banyak kedai-kedai menggunakan sistem pembayaran secara debit kepada pelanggan-pelanggan mereka dan meletak nota “no cash, please” di pintu masuk kedai.

Profesor di KTH Royal Institute of Technology, Niklas Arvidsson memberitahu, demografi tertentu menunjukkan terdapat kelompok yang masih ketinggalan dalam penggunaan pembayaran melalui internet.

“Kami juga menghadapi masalah dengan peniaga kecil di kawasan luar bandar di mana sistem telekomunikasi tidak berfungsi dan kebanyakan warga emas yang kurang mahir menggunakan internet,” katanya yang merupakan pakar dalam sistem pembayaran di Sweeden.

Tambahnya lagi, melalui kaedah pembayaran yang dijalankan oleh negara Eropah itu, mampu memberi manfaat dalam pelbagai bentuk.

“Jika anda melihat jenis prospek ekonomi makro, maka Sweeden beroleh manfaat. Urus niaga elektronik lebih cepat dan kos secara umum adalah kurang serta menjadikan sistem pembayaran lebih efisien,” jelasnya.

Di India, pihak pemerintah telah melaksanakan cara pembayaran menggunakan internit dan debit secara drastik dengan mengurangkan pembayaran secara tunai.

Perdana Menteri India, Narendra Modi, 67, telah menyelaraskan puluhan bandar di negara Taj Mahal itu untuk tidak menggunakan pembayaran tunai.

Langkah itu dilihat agak kejam oleh sesetengah pihak kerana peratusan penduduk miskin agak tinggi di negara itu menyukarkan sistem pembayaran terkedepan ini.

Berbeza dengan pandangan seorang editor akhbar kewangan di Delhi, Monika Halan, usaha kerajaan ini dilihat sebagai inisiatif memperkukuhkan ekonomi selain mengelakkan penggunaan wang di pasaran gelap serta pembiayaan keganasan.

“Orang mahu wang mereka selamat, sudah tentu mereka mahu meletakkan wang di bank dan bukannya wang tunai di rumah.

“Diakui juga masyaraakat India mempunyai masalah apabila berurusan dengan pihak bank kerana mereka takut dihina atas status mereka dan tidak yakin dengan layanan serta pengurussan pihak bank,” ujarnya.

Jelas bahawa, pembayaran menggunakan atas talian dan debit memberi keringanan dan kemudahan kepada manusia dalam pengurusan pembiayaan semasa.

Pun begitu, tidak dinafikan bahawa segelintir masyarakat yang kurang berpengetahuan penggunaan internet dan keadaan hidup yang miskin memberi kekangan kepada mereka menggunakan sistem ini.

Penggunaan urus niaga digital secara tidak langsung akan memberi risiko kepada keselamatan data dan privasi individu.

Lantas, keselamatan pengguna perlu menjadi titik berat dan keutamaan dalam penggunaan sistem ini supaya data peribadi tidak tersebar lebih-lebih lagi dikhuatiri akan sampai ke tangan individu yang berbahaya. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Tags: IndiaSweedenTanp tunai
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Thailand Kurang Senang Dengan Pelancong India?

Thailand Kurang Senang Dengan Pelancong India?

11/06/2026
0

Oleh Mynewshub BANGKOK – Thailand melaksanakan perubahan besar terhadap dasar kemasukan pelancong asing dengan menamatkan kemudahan visa bebas (visa-free) yang...

Ibu Menolak Ajakan Kahwin, Kanak-Kanak Berusia 18 Bulan Dihempas Berulang Kali Hingga Mati

Ibu Menolak Ajakan Kahwin, Kanak-Kanak Berusia 18 Bulan Dihempas Berulang Kali Hingga Mati

01/06/2026
0

Oleh Mynewshub  UTTAR PRADESH – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 18 bulan dilaporkan maut dalam satu kejadian tragis selepas didakwa menjadi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd