• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ABIM Gesa Kerajaan Suarakan Pendirian Isu Palestin

oleh AK-47
15/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Badan Bukan Kerajaan (NGO) Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa kerajaan untuk menyuarakan pendirian Malaysia berhubung isu Palestin yang semakin meruncing terutama selepas pengisytiharan Amerika Syarikat terhadap Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel dan pemindahan kedutaan Amerika, semalam.

Presiden ABIM, Mohamad Raimi Ab Rahim berkata ketegasan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam memperjuangkan isu Palestin pasti akan didengari dan didukung oleh masyarakat antarabangsa.

“Rancangan Amerika dan Israel itu merupakan manifestasi pengulangan episod baharu ‘malapetaka’ yang diratapi jutaan rakyat Palestin sejak 70 tahun lalu. Lebih memburukkan ialah pembunuhan rakyat Palestin dalam Perarakan Pulang Besar-Besaran (Great Return March-GRM) di Semenanjung Gaza berlaku secara terang-terangan ketika umat Islam sedang bersiap menyambut Ramadan.

“Sehingga kini seramai 58 rakyat Palestin diberitakan syahid di Semenanjung Gaza dan angka ini pasti meningkat menjelang Ramadan ini. ABIM berharap perdana menteri menyuarakan ketegasan pendirian Malaysia mengenai isu ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, Mohamad Raimi berkata komuniti dunia perlu terus memberi tekanan diplomatik kepada Israel dan Amerika malah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) wajar menggantung keanggotaan kedua-dua negara itu selain melaksanakan sekatan ketenteraan dan ekonomi.

Dalam pada itu, Mohamad Raimi berkata ABIM bersama Global Peace Mission (GPM) Malaysia melancarkan Tabung Bantuan Kemanusiaan Palestin melibatkan bantuan perubatan yang diperlukan rakyat Palestin yang tercedera akibat kekejaman Zionis.

“ABIM menyasarkan kutipan sebanyak RM500, 000 untuk bantuan kesihatan dan perubatan kepada mereka yang akan diserahkan pada Ramadan ini. Bantuan awal sebanyak RM20,000 akan diserahkan kepada GPM bagi tujuan ini.

“Orang ramai yang ingin turut membantu boleh memasukkan dana bantuan ke dalam akaun bank GPM di 14-023-01-002922-4 (Bank Islam Malaysia Berhad), 1051-9000-2871 (Affin Islamic Bank Berhad) atau 5642-2161-1602 (Maybank Islamic Berhad). Transaksi dalam talian boleh dibuat di laman sesawang https://www.billplz.com/palestin,” tambahnya. – BERNAMA

Tags: AbimIsu Baitulmaqdis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

ABIM Temui Dalai Lama, Bincang Isu Islamophobia Dan Uyghur

ABIM Temui Dalai Lama, Bincang Isu Islamophobia Dan Uyghur

21/03/2023
0

Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan aktivis NGO pelbagai agama mengadakan pertemuan dengan pemimpin kerohanian Buddha, Dalai Lama di Dharamsala,...

Masjid Al-Alqsa Ditutup Mulai Hari Ini

23/03/2020
0

BAITULMAQDIS - Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Islam di Jordan mengeluarkan arahan agar semua semua solat dan perhimpunan di Masjid...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd