• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

8,253 Pusat Mengundi Ditutup Tepat 5 Petang

oleh Ahmad Albab
09/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kesemua 8,253 pusat mengundi seluruh negara ditutup tepat pada 5 petang ini, sebagaimana diwartakan mengikut Akta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kata Pengerusinya Tan Sri Mohd Hashim Abdullah.

Beliau berkata pihaknya tidak akan melayan mana-mana pengundi yang tiba lewat di pusat mengundi selepas 5 petang dan pintu saluran mengundi akan ditutup serta merta.

“Walaupun pengundi sudah beratur di pusat mengundi, SPR akan menutup pintu saluran serta merta tepat 5 petang,” katanya kepada pemberita di Menara SPR.

Beliau berkata pengundi yang tidak berpuas hati boleh mengemukakan petisyen bantahan di mahkamah.

“Pengundi sepatutnya sedia maklum bahawa waktu akhir mengundi adalah 5 petang dan sewajarnya merancang masa untuk mengundi dan bukannya hadir pada saat akhir pusat mengundi ditutup,” katanya.

Beliau berkata SPR sudah memaklumkan melalui media dari semasa ke semasa mengenai tempoh mengundi.

“Masalahnya ada pengundi bertangguh kerana tidak mahu beratur panjang. Contohnya jika pengundi datang pada 3 petang, kemungkinan tidak sempat untuk mengundi adalah tinggi,” katanya. – BERNAMA

Tags: pusat mengundiSPR
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Onn Hafiz Seru Semua Pihak Berkempen Secara Matang, Berhemah, Tertib

Onn Hafiz Seru Semua Pihak Berkempen Secara Matang, Berhemah, Tertib

12/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menyeru semua pihak terlibat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor...

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos, Tempoh Berkempen 14 Hari

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos, Tempoh Berkempen 14 Hari

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menetapkan 11 Julai 2026 sebagai hari mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd