• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

8 Kenderaan Kemalangan, ‘Hujan Durian’ Atas Jalan

oleh
23/05/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NAHAS membabitkan lapan buah kenderaan menyebabkan durian dibawa sebuah lori bertaburan di atas jalan raya di persimpangan lampu isyarat Sri Medan, Batu Bahat, Johor semalam.

Kemalangan yang berlaku kira-kira pukul 11.15 pagi itu melibatkan lapan buah kenderaan datang dari arah Batu Pahat menghala Yong Peng termasuk lori yang membawa muatan kayu dan durian itu.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, punca kejadian didapati berlaku akibat sebuah lori yang mengalami masalah brek di persimpangan lampu isyarat tersebut.

“Ketika tiba di tempat kejadian kesemua kenderaan dalam keadaan perlahan dan hampir berhenti, namun tiba-tiba brek lori tersebut dipercayai tidak berfungsi sebelum hilang kawalan.

“Lori yang dipandu seorang lelaki berusia 65 tahun itu kemudian melanggar sebuah kenderaan di hadapannya lalu menyebabkan kesemua kenderaan berlanggar dan bertembung antara satu sama lain,” katanya pada akhbar tempatan.

Tambah Abdul Wahib, cuaca amat baik ketika kejadian termasuk permukaan jalan kering langsung tidak boleh diambil kira sebagai faktor kemalangan tersebut.

Kes terbabit disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kemalangan.

Bagaimanapun, tidak dimaklumkan kepada media berapa kos kerugian akibat dari kemalangan terbabit termasuk durian yang bertaburan di atas jalan itu. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Tags: DURIANkemalanganlori
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Van Didakwa Selepas Murid Tahun Dua Maut Dirempuh, Mengaku Tidak Bersalah

Pemandu Van Didakwa Selepas Murid Tahun Dua Maut Dirempuh, Mengaku Tidak Bersalah

08/05/2026
0

BATU PAHAT – Seorang pemandu van didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga...

Penunggang Motosikal Cedera Parah, Bahu Tertusuk Besi

Penunggang Motosikal Cedera Parah, Bahu Tertusuk Besi

07/05/2026
0

Oleh Mynewshub MENTAKAB – Seorang penunggang motosikal dipercayai pelajar sekolah mengalami kecederaan serius selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya sehingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd