• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

7 Laporan Polis Berkaitan Kesalahan Pilihan Raya Di Miri

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MIRI – Polis menerima tujuh laporan berkaitan pelbagai kesalahan pilihan raya yang berlaku semasa tempoh berkempen bagi dua kawasan Parlimen di sini.

Ketua Polis Miri, ACP Lim Meng Seah berkata siasatan sedang dilakukan berkaitan tiga laporan tersebut iaitu dua melibatkan kes mengoyak poster dan satu kes membabitkan kes pecah pondok parti bertanding manakala empat kes mendapati tiada kesalahan dilakukan.

“Dua kes dilaporkan berlaku di Parlimen Miri dan satu di Parlimen Sibuti,” katanya kepada pemberita selepas melawat Ruai Kenyalang Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri, satu daripada pusat pengundian awal untuk Parlimen Miri dan Sibuti hari ini.

Mengenai perjalanan pengundian awal, beliau berkata setakat pagi tadi proses pengundian awal berjalan lancar tanpa sebarang masalah berlaku.

Sebagai rekod, Parlimen Miri akan menyaksikan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Sebastian Ting Chiew Yew menentang penyandang Dr. Michael Teo Yu Keng daripada PKR sementara bagi Parlimen Sibuti melibatkan persaingan tiga penjuru iaitu calon termuda BN Sarawak, Lukanisman Awang Sauni yang berdepan cabaran calon PAS, Zulaihi Bakar dan calon PKR, Jemat Panjang. – BERNAMA

Tags: polisPRU14
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd