• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU14: 5 Serangan Peribadi Terkini Pembangkang

oleh Haris
01/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEMBANGKANG Pakatan Harapan (PH) menjadikan berita palsu dan serangan peribadi sebagai senjata utama untuk memburukkan lawan politik mereka.

PH dan penyokongnya menunjukkan rasa benci yang melampau terhadap mereka yang tidak sehaluan dengan mereka hingga sanggup menabur fitnah.

Lima isu di bawah ini dijadikan fitnah terkini, paling dahsyat dan paling lama dijaja oleh PH dan pentaksub mereka di laman sosial dan serata ceruk internet.

1. PM Najib Curi Wang 1MDB

Jawatankuasa khas Parlimen dianggotai wakil DAP sendiri tidak ada bukti kaitan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dengan dakwaan kecurian itu, apatah lagi untuk mendakwa Najib mengambil wang 1MDB untuk membeli-belah.

2. Presiden PAS Dibayar RM90 juta oleh UMNO

Perjalanan kes saman Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap Sarawak Report menunjukkan editornya Clare Rewcastle-Brown tidak mempunyai bukti menyokong dakwaannya itu. Tapi pentaksub PH masih meneruskan fitnah dengan menyindir di media sosial.

3. Zaman PM Najib Paling Teruk

PH menafikan kejayaan projek pengangkutan terbaharu, MRT yang merupakan penghubung terbaik di Lembah Klang. Kejayaan projek MRT yang masih diteruskan menjadikan projek pengangkutan zaman bekas PM, Tun Dr. Mahathir Mohamad kelihatan kerdil.

4. Presiden PAS Mahu Join UMNO

Pentaksub PH mengatakan “Undi PAS, Undi BN”. Menurut mereka, PAS telah tertipu dengan Najib dan kini hanya mengikut strategi yang disusun tanpa ada kebebasan bertindak sendiri. Antara tujuan kempen ini ialah menuduh kedua-dua pemimpin ini menipu ahli mereka.

5. Penyokong BN Makan Dedak

Siapa sahaja yang bersimpati, menyokong atau mempertahankan PM Najib atau UMNO dan BN dituduh dengan fitnah “pemakan dedak”. Tanpa menilai hujah yang dikemukakan, tuduhan jahat dan sindiran makan dedak dilemparkan. – Mynewshub.cc

Tags: berita palsupakatan harapan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

BN Johor Enggan Dirikan Kerajaan Perpaduan Dengan PH, DAP Dilarang Islam – Pemimpin PH

BN Johor Enggan Dirikan Kerajaan Perpaduan Dengan PH, DAP Dilarang Islam – Pemimpin PH

29/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Seorang pemimpin Pakatan Harapan (PH) membayangkan tindakan Barisan Nasional (BN) Johor enggan membentuk Kerajaan Perpaduan di negeri...

Pelancaran LRT3 Bukti Kerajaan Madani Utama Rakyat – Pemimpin PH

Pelancaran LRT3 Bukti Kerajaan Madani Utama Rakyat – Pemimpin PH

28/06/2026
0

SHAH ALAM - Pelancaran LRT3 Laluan Shah Alam oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini didakwa menjadi bukti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd