Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Bernas Bersedia Jika Monopoli...

KUALA LUMPUR - Padiberas Nasional Berhad (Bernas) sedia bekerjasama dengan kerajaan bagi mencari...

Derita Kanak-Kanak Berkepala Besar,...

HANYA menanti keajaiban....itu harapan ibu bapa kepada kanak-kanak berusia 14 bulan ini, Dhabuhi...

Corak Tapak Selipar Tertulis...

GAMBAR sepasang selipar jenama Glacio siri G-2079 yang tertulis di tapaknya 'kalimah Allah'...

VIDEO: Gara-Gara Telefon RM200...

Kalau ikutkan hati memanglah setiap kali penjahat seperti peragut berjaya ditangkap orang awam,...

3 Termasuk Kanak-Kanak Maut Dalam Kemalangan

KUANTAN – Tiga lelaki termasuk seorang kanak-kanak berusia 11 tahun maut selepas kereta dinaiki mereka merempuh belakang sebuah treler yang membawa muatan arang batu di Kilometer 22, Jalan Lipis-Merapoh, di Kuala Lipis, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Lipis, Supt. Azry Akmar Datuk Ayub berkata dalam kemalangan 5.50 pagi, ketiga-tiga mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat tersepit dan mengalami kecederaan parah.

“Siasatan awal mendapati kereta Perodua Bezza yang dinaiki ketiga-tiga mangsa dalam perjalanan dari Gua Musang, Kelantan menuju ke Kuala Lumpur telah dipandu laju sebelum terbabas lalu merempuh belakang sebuah treler.

“Ia menyebabkan kenderaan yang dipandu Chong Mum Tong, 47, dan dua penumpang, Len Wee Keong, 42, serta Chan Yun Sing, 11, remuk akibat rempuhan itu,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Mayat ketiga-tiga mangsa yang berasal dari Gua Musang akan dibawa ke Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat.


Ujian air kencing akan dijalankan kepada pemandu treler yang tidak mengalami sebarang kecederaan selain kedua-dua kenderaan akan dibawa untuk pemeriksaan di Puspakom Raub. – BERNAMA

Kategori