• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Kawasan Di Perak Alami Gangguan Bekalan Elektrik

oleh Ahmad Albab
09/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Tiga kawasan di Perak​​​​​​ mengalami gangguan bekalan elektrik berikutan hujan lebat kira-kira pukul 2 petang tadi namun telah dibaik pulih oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Perak, Mohd Nazri Ismail berkata kawasan yang terlibat ialah Bagan Serai, Bukit Gantang dan di daerah Larut.

“TNB telah menyelesaikan masalah itu yang berpunca akibat ribut petir yang kuat. Ribut kuat menyebabkan elektrik terputus, suis Pemutus Litar Bocor ke Bumi iaitu ELCB tidak berfungsi, namun suis telah dinaikkan semula,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Berhubung isu kerusi roda yang tidak mencukupi di Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting, Taiping, Mohd Nazri berkata masalah tersebut telah diselesaikan.

“Kita sewa kira-kira 800 kerusi roda untuk kegunaan pengundi di seluruh Perak, namun sekiranya pengundi yang memang sedia mempunyai kerusi roda, kita galakkan mereka menggunakan kerusi roda​​​​​​ mereka,” katanya.

​​​​​​​Dalam pada itu beliau berkata peratusan mengundi di Perak mencecah 61.45 peratus atau 1,472,985 pengundi setakat 2 petang tadi.

“Proses pengundian berjalan lancar setakat ini, namun ada sesetengah kawasan hujan lebat dan ribut petir,” katanya.

Selain itu, beliau berkata masih terdapat pengundi yang masih keliru mengenai saluran pengundian​​​​​​ mereka walaupun maklumat itu boleh diperolehi secara dalam talian.

“Setakat ini tiada kes kecemasan dilaporkan, tapi terdapat kes di mana pengundi tidak diberikan kertas​​​​​​​ undi kerana nama telah dipotong (daripada senarai pemilih),” katanya.

Mohd Nazri berkata berkemungkinan kad pengenalan pengundi telah disalah guna atau mungkin mereka telah memohon undi pos yang telah diluluskan namun hadir ke pusat mengundi kerana tidak mendapat​​​​​​​ kertas undi pos. – BERNAMA

Tags: Bekalan ElektrikPRU14
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Tiga Jam Tunggu Tepi Jalan, Syukur Kenderaan Baginda Berhenti”

“Tiga Jam Tunggu Tepi Jalan, Syukur Kenderaan Baginda Berhenti”

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR - "Lebih tiga jam juga saya menunggu dan dapat berjumpa Tuanku kira-kira pukul 10 pagi. Syukur kenderaan baginda...

“Dah Kena Viral Baru Mengelabah” – Kenyataan TNB Terima Reaksi Sinis Netizen

“Dah Kena Viral Baru Mengelabah” – Kenyataan TNB Terima Reaksi Sinis Netizen

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Penjelasan Tenaga Nasional Berhad (TNB) berhubung isu sebuah keluarga di Kuala Sat, Jerantut yang hidup tanpa bekalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd