• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

28 Jenis Barangan Dikesan Naik Harga – KPDNKK

oleh Ahmad Albab
27/05/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Harga kobis bulat import dari China dan cili hijau tempatan adalah antara 28 jenis barangan di negeri ini yang dikesan meningkat sejak operasi pemantauan harga pasaran dilakukan pihak berkuasa sejak empat hari lepas (23 Mei).

Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor, Aris Mamat berkata pihaknya mengesan peningkatan harga antara empat hingga 50 peratus bagi 28 jenis barangan itu yang termasuk dalam 71 barangan yang dikategorikan di bawah pemantauan ‘Price Watch’.

Beliau berkata hasil tinjauan itu juga berdasarkan pemantauan pihaknya yang dilakukan setiap hari ke lapan pasar awam utama di setiap daerah di negeri ini.

“Hasil tinjauan kita telah mendapati antara barangan yang mengalami kenaikan adalah kobis bulat import (dari China) dan cili hijau tempatan. Harga kobis bulat meningkat di beberapa lokasi iaitu kepada RM5 sekilogram (naik RM1 daripada harga sebelum ini) manakala cili hijau naik RM1 menjadi RM10 sekilogram.

“Namun, di sesetengah lokasi tertentu, harga bagi kedua-dua barang berkenaan menunjukkan penurunan antara 50 sen hingga RM3 iaitu daripada RM4.50 kepada RM4 bagi kobis bulat dan RM13 kepada RM10 sekilogram bagi cili hijau,” katanya kepada pemberita selepas menjalankan pemeriksaan di Pasar Awam Larkin di sini, hari ini.

Sementara itu, daripada 71 barangan yang berada di bawah pemantauan, 10 jenis barangan masih mengekalkan harga yang sama, antaranya daging lembu tempatan, daging kerbau import (India), kelapa parut, santan dan telur ayam.

Selain itu, 33 jenis barangan menunjukkan penurunan harga antara 3.85 peratus hingga 41.67 peratus.

“Harga ayam bersih (standard) di beberapa pasar di negeri ini sebaliknya menurun 40 sen daripada RM8.20 kepada RM7.80 sekilogram,” tambahnya.

Aris berkata memandangkan harga barangan tertakluk kepada pasaran terbuka, beliau mengesyorkan supaya pengguna menjadi `pengguna bijak’ seperti membuat kajian sebelum membeli atau menggunakan aplikasi `Price Catcher’.

“Sepanjang dua minggu lalu, tiada sebarang aduan diterima khusus mengenai kenaikan harga barang dan kita akan menjalankan siasatan dengan segera sekiranya menerima sebarang aduan mengenai peniaga menaikkan harga pada kadar tidak munasabah untuk kaut keuntungan agar tindakan boleh dibuat,” katanya.

Terdahulu, 68 anggota penguat kuasa KPDNKK Johor Bahru memeriksa 235 premis Pasar Awam Larkin dan 10 tindakan amaran dikeluarkan bagi kesalahan membabitkan tanda harga dan alat timbang sukat. – BERNAMA

Tags: Harga BarangKPDNKK
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Perintah Berkurung Esszone Dilanjutkan Hingga 12 Jun

Next Post

Peniaga Perlu Patuh Penetapan GST Kadar Sifar

Related Posts

Harga Barang Terus Naik, MyCC Gagal Hapuskan Kartel

Harga Barang Terus Naik, MyCC Gagal Hapuskan Kartel

02/04/2024
2

KUALA LUMPUR : Harga barang dan keperluan asas terus-terusan naik sejak awal bulan Januari sehingga ke bulan Ramadan menunjukkan Suruhanjaya...

Kementerian Perdagangan Pastikan Harga Barang Stabil

Kementerian Perdagangan Pastikan Harga Barang Stabil

13/09/2022
0

JAKARTA – Menteri Perdagangan Indonesia, Zulkifli Hasan menyatakan bahawa kementeriannya akan memastikan harga barang keperluan asas kekal stabil dalam kalangan...

Next Post

Peniaga Perlu Patuh Penetapan GST Kadar Sifar

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd