• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Individu Ditahan Bersama Dadah Lebih 2kg

oleh Ahmad Albab
23/05/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Polis menahan dua lelaki bersama dadah jenis heroin seberat lebih 2.27 kilogram dan syabu 2.9 gram dalam operasi di kawasan letak kereta R&R Genting Sempah, Bentong pada malam Ahad lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pahang, Supt. Lam Thiam Huat berkata bertindak atas maklumat, polis telah menahan suspek berumur 24 dan 40 tahun yang berhenti di kawasan hentian rehat berkenaan kira-kira 10 malam.

“Hasil pemeriksaan dalam kenderaan yang dinaiki, polis menjumpai dadah jenis heroin seberat 2,270 gram yang dianggarkan bernilai RM68,125.

“Selain itu pemeriksaan terhadap anggota badan kedua suspek turut menemui syabu seberat 2.9 gram bernilai RM435,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Berdasarkan siasatan katanya, suspek yang berumur 40 tahun mempunyai tiga rekod lampau berkaitan n dadah.

Kedua-dua suspek direman tujuh hari sehingga 27 Mei dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 itu yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Tags: Edar Dadahpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd