• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

17 Remaja Ditahan Bantu Siasatan Kes Bunuh

oleh Ahmad Albab
22/05/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis menahan 17 remaja termasuk tiga perempuan bagi membantu siasatan susulan penemuan mayat lelaki yang dikaitkan dengan pergaduhan di hadapan sebuah restoran makanan segera di Taman Melati di sini awal pagi semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata kesemua remaja itu berusia antara 14 hingga 20 tahun manakala 16 lagi suspek kini diburu berhubung kejadian kira-kira 4 pagi itu.

“Polis menerima aduan mengenai kes pergaduhan itu pada 4.31 pagi semalam dan bertindak atas maklumat tersebut, polis bergegas ke tempat kejadian dan menemui satu mayat lelaki berbangsa Melayu,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Mazlan berkata siasatan awal mendapati pergaduhan bermula di kawasan letak kereta sebuah stesen minyak di Taman Melati pada kira-kira 4 pagi dan berlarutan ke tepi jalan Lebuh Raya Lingkaran Te­ngah Dua (MRR2) menghala ke Gombak. Stesen minyak itu terletak dekat restoran makanan segera berkenaan.

Pergaduhan itu, katanya, susulan kejadian pukul di Taman Tasik Titiwangsa minggu lepas melibatkan dua kumpulan susulan salah faham.

Berikutan kejadian itu, Mazlan berkata kedua-dua pihak bersepakat untuk berjumpa sekali lagi di sebuah stesen minyak di Taman Melati dan tercetus pergaduhan melibatkan kedua-dua pihak dengan menggunakan topi keledar dan besi pengunci motosikal sebagai senjata.

Beliau berkata ujian saringan air kencing ke atas semua yang ditahan mendapati dua daripada mereka positif dadah.

Kesemua mereka ditahan reman tujuh hari bermula semalam hingga Sabtu ini bagi membantu siasatan yang dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Maklumat mengenai suspek-suspek yang masih bebas boleh disalurkan kepada kepada Pegawai Penyiasat Kanan Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju, ASP G. Stephen di talian 03-9289 9222 atau 016-376 7390. – BERNAMA

Tags: kes bunuhremaja
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd