• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

10 ADUN N.Sembilan Angkat Sumpah Jawatan Exco

oleh Ahmad Albab
23/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA PILAH – Sepuluh Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Negeri Sembilan mengangkat sumpah jawatan anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Negeri Sembilan hari ini.

Istiadat mengangkat sumpah dilakukan di hadapan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir di Istana Besar Seri Menanti di sini.

Mereka yang mengangkat sumpah ialah lima daripada DAP, tiga daripada PKR dan dua daripada Parti Amanah Negara (PAN).

ADUN DAP yang mengangkat sumpah ialah Teo Kok Seong (Bahau); J Arul Kumar (Nilai); Choo Ken Hwa (Lukut); S Veerapan (Repah) dan Nicole Tan Lee Koon (Bukit Kepayang).

ADUN PKR pula ialah Mohamad Nazarudin Sabtu (Pilah); Dr. Mohamad Rafie Ab Malek (Ampangan) dan Ismail Ahmad (Labu).

ADUN Amanah ialah Mohamad Taufek Abd Ghani (Paroi) dan Bakri Sawir (Klawang).

Pada majlis itu, Tuanku Muhriz turut berkenan menyampaikan watikah pelantikan dan menyaksikan semua exco menandatangani sumpah jawatan.

Portfolio yang akan dipegang oleh ADUN-ADUN berkenaan dijangka diputuskan pada mesyuarat pertama exco yang akan dipengerusikan Menteri Besar Aminuddin Harun, petang ini.

Tuanku Muhriz dalam titah ucapannya pada majlis itu mengucapkan tahniah kepada semua ADUN yang dipilih menganggotai Exco.

“Pelantikan ini cabaran bagi kamu kerana selain menjadi ADUN di kawasan masing-masing, sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, kamu bertanggungjawab merangka dasar dan hala tuju Negeri Sembilan.

“Kamu hendaklah menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan jujur, adil dan profesional,” titah baginda.

Tuanku Muhriz juga mengingatkan para Exco untuk tidak menyalahgunakan kuasa demi kepentingan peribadi, keluarga dan sahabat terutama dalam membuat keputusan melibatkan tender atau projek kerajaan.

Turut berangkat ke istiadat itu, Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud dan kedua-dua anakanda, Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin dan Tunku Datuk Seri Zain Al-‘Abidin.

Hadir sama Undang Luak Rembau, Datuk Muhammad Sharip Othman; Undang Luak Johol, Datuk Mohammed Abdullah; Undang Luak Sungai Ujong, Datuk Mubarak Dohak; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mat Ali Hassan serta beberapa anggota DUN dan Parlimen. – BERNAMA

Tags: ExcoNegeri Sembilan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sambutan Ceramah Perdana Di Paroi Luar Biasa – Pemimpin PH

Sambutan Ceramah Perdana Di Paroi Luar Biasa – Pemimpin PH

07/05/2026
0

SEREMBAN – Beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) menyifatkan Ceramah Perdana Pimpinan Utama PH Negeri Sembilan di Paroi malam tadi sebagai...

Pakatan Harapan Tetap Hala Tuju PRU16, Anwar PM Penggal Kedua

Pakatan Harapan Tetap Hala Tuju PRU16, Anwar PM Penggal Kedua

07/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan (PH) akan terus memperkukuhkan kedudukan gabungan itu bagi memastikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd