• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zaid Hanya Mahu Cari Publisiti Murahan – Arul

oleh Ahmad Albab
01/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Tindakan Datuk Zaid Ibrahim mengarahkan peguamnya di Australia mengambil kes terhadap ANZ Bank kononnya bagi mendapatkan semula RM2.6 bilion yang didakwa diseleweng daripada dana syarikat 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) dilihat cuba mencari publisiti murahan.

Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy berkata tindakan Zaid itu juga mungkin akibat kecewa kerana DAP tidak meletakkannya sebagai calon pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kali ini.

“Saya sebenarnya bersimpati dengan Zaid sebab saya tahu beliau kecewa kerana beliau ahli politik yang tidak berjaya dan dijanjikan untuk dapat kerusi (bertanding pada PRU14).

“Tapi malangnya, DAP mengutamakan calon Cina, jadi pada pendapat saya dia hanya hendak buat publisiti. Saman beliau dah banyak kali dikemukakan termasuk berkaitan 1MDB dan beberapa kali juga ditolak,” katanya.

Arul Kanda berkata demikian kepada pemberita selepas Sesi Pendengaran Awam Barisan Nasional (BN) Parlimen Kota Bharu anjuran Kelab Sahabat N87 Malaysia di Padang Taman Guru, Pintu Geng di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh dan Pengarah Komunikasi Strategik Kementerian Kewangan, Datuk Lokman Noor Adam.

Zaid dilaporkan mendedahkan peguamnya di Australia bersetuju mengambil kes terhadap ANZ Bank bagi mendapatkan semula RM2.6 bilion yang didakwanya diseleweng daripada dana 1MDB meskipun pihak berkuasa Malaysia menegaskan sebaliknya.

Menerusi blog pada 23 April lalu, Zaid mendedahkan beliau ke Sydney untuk mengarahkan Peguamcara Levitt Robinson meninjau kemungkinan mendakwa ANZ Bank. – BERNAMA

Tags: Arul Kanda
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib, Arul Kanda Kekal Bebas Tuduhan Pinda Laporan 1MDB

Najib, Arul Kanda Kekal Bebas Tuduhan Pinda Laporan 1MDB

12/09/2023
0

PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda...

Najib, Arul Kanda Bebas Tuduhan Pinda Laporan Audit 1MDB

03/03/2023
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini sebentar tadi membebaskan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan bekas Ketua Pegawai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd