FILEM ‘Avengers: Infinity War’ yang ditayangkan serentak di seluruh dunia pada hari ini sudah pastinya membuatkan ramai peminat tidak senang duduk.
Dijangkakan filem dari siri alam semesta sinematik Marvel ini bakal memecah rekod blockbuster dan akan menjadi salah satu filem aksi adiwira yang terunggul sepanjang zaman.
Buat peminat yang mengikuti filem tersebut sejak siri pertama Avengers iaitu pada 2012, sudah tentunya mengetahui logo huruf ‘A’ yang terdapat pada menara Tony Stark (Robert Downey Jr.)
Malaysia amat bertuah kerana menjadi salah satu negara terawal untuk tayangan filem itu dan ternyata kehangatan Avengers semakin terasa apabila Telekom Malaysia Berhad (TM) pun memaparkan logo Avengers di menaranya.
Menerusi perkongsian di laman Twitter @unifi, gambar pada mercu bangunan itu sehingga kini menarik perhatian ramai yang mana turut menerima lebih daripada 3,300 retweet.
‘Penampakan’ logo tersebut bermakna bermulalah demam filem Avengers: Infiniti Wars yang mempunyai ramai peminat tegarnya tersendiri di seluruh dunia.
Secretly, Menara TM is Stark Tower 😎 @MarvelMalaysia#MenaraTM #InfinityWar #WeAreAllSuperheroes pic.twitter.com/cO6E0XpQq5
— unifi (@unifi) April 24, 2018
Difahamkan, logo pada mercu Menara TM itu hanya boleh dilihat dari jam 8 hingga 10 malam sehingga 29 April ini dan ramai dalam kalangan netizen juga memberikan komen mengenai perkara tersebut.
Actually aku dah perasan lame dah menara TM ni mcm Stark Tower tapi mase tu belum ade lambang Avengers 😂 pic.twitter.com/zoUHfnLqNR
— Syed MoSalah (@Syed_mf) April 24, 2018
Avengers: Infinity War menampilkan pelbagai watak yang bersatu tenaga demi menggagalkan misi penjahat terunggul dalam komik Marvel, Thanos.
Produser Kevin Feige dalam sebuah temubual membertahui filem berkenaan akan menjadi penutup dalam saga epik Avengers dan menggangap sebagai pengakhiran kepada permulaan siri pertama. – MYNEWSHUB.CC
Avengers kat Malaysia guys kat Menara TM #InfinityWar #Avengers pic.twitter.com/NEWdAgumgg
— ♉ Ash (@RizalAceeeeeee) April 24, 2018
filem berkenaan menampilkan pelbagai watak yang bersatu tenaga demi menggagalkan misi penjahat terunggul dalam komik Marvel, Thanos.
Menara TM dah jadi Stark Tower gais! #avengers#infinitywars#infinitywarsavengerspic.twitter.com/q6lc2IPNqE
— mirul. (@amirulfaqeem) April 24, 2018