• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

sooka Semarak Semangat Merdeka Dengan Kandungan Ikonik Tempatan

oleh Cj Mnh
01/09/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – sooka, perkhidmatan penstriman versi mudah alih terbaru di Malaysia yang menyiarkan hiburan kegemaran Malaysia, meraikan Merdeka dengan pelbagai filem ikonik tempatan yang disusun khas menerusi kempen ‘sooka Dooka Kita Bersama, Sentiasa’ yang boleh distrim dan dinikmati oleh semua rakyat Malaysia.

Kempen ini turut menawarkan promosi istimewa untuk kedua -dua pelan VIP yang sedia ada mulai 27 Ogos 2021.

Kempen ‘sooka Dooka Kita Bersama, Sentiasa’ akan menyampaikan pelbagai filem eksklusif yang telah mencorak kehidupan kita sebagai rakyat Malaysia, yang kini boleh distrim oleh para penonton secara terus di dalam peranti mudah alih mereka.

Barisan filem-filem ikonik yang disusun khas termasuklah Talentime dan Mukhsin arahan pengarah tersohor, Allahyarham Yasmin Ahmad; Buli, Papadom, dan Appalam arahan Afdlin Shauki; Cinta dan Sepi arahan Kabir Bhatia; dan filem-filem klasik arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Tidak dilupakan ialah filem-filem terkini Malaysia seperti Polis Evo 2, Aku Posmen, Ola Bola, Hantu Bonceng 2.0, Mael Totey, dan kisah kehidupan wira negara Datuk Lee Chong Wei dalam filem yang memberi inspirasi kepada semua berjudul Lee Chong Wei.

Ketua Program sooka, Emarina Mohd Kamal berkata, “Kami percaya bahawa filem adalah salah satu bentuk hiburan yang memberikan impak paling besar kepada kita, supaya cerita yang dekat dengan hati kita dapat dikongsi degan semua.

Talentime, dan Ola Bola adalah contoh terbaik penceritaan tentang kehidupan seharian masyarakat Malaysia; seperti cinta kepada bola sepak, atau memori semasa kita berada di bangku sekolah, yang boleh menyatukan dan memupuk semangat kemasyarakatan sesama kita.

“Menerusi kempen ini, kami ingin mengajak rakyat Malaysia untuk meraikan semangat perpaduan bersempena bulan Ogos yang penuh bermakna. Filem-filem yang telah kami susunkan ini melambangkan penceritaaan tentang kehidupan kita semua, dan adalah khas buat semua rakyat Malaysia untuk bebas nikmati dan strim pada bila-bila masa, tidak kira di mana sahaja, menerusi peranti mudah alih anda,” jelas Emarina.

Sempena Merdeka ini, sooka menawarkan potongan 50% ke atas yuran langganannya untuk tempoh yang terhad bagi pelan VIP Entertainment dan VIP+Sports. Pelan VIP Entertainment yang menawarkan pelbagai drama bersiri, filem, dan pelbagai hiburan beraneka secara ‘LIVE’ kini boleh didapati dengan harga RM7.95 (harga asal RM15.90 sebulan).

Khusus untuk para peminat tegar sukan, pelan VIP+Sports yang menawarkan akses tanpa had kepada aksi sukan terbaik ‘LIVE’ sepanjang tahun, kini hanya berharga RM20.95 (harga asal RM41.90 sebulan).

Tawaran ini sah dari 27 Ogos hingga 17 September 2021. Untuk memulakan perjalanan sooka anda, muat turun aplikasi sooka daripada Apple Store atau Google Playstore.

Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai sooka, ikuti sooka di Facebook (sooka Malaysia) dan Instagram (@sookamalaysia), atau layari sooka.my.

Tags: bisnesFILEMhiburanmerdekapenstrimansooka
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ketengah Bidang Inovasi Dalam Bentuk Ekonomi

Next Post

Rayuan Ditolak, Ziyad Sah Terlepas Pingat Emas

Related Posts

PM Harap Semangat Jiwa Merdeka, Perpaduan Kekal Berpanjangan

PM Harap Semangat Jiwa Merdeka, Perpaduan Kekal Berpanjangan

31/08/2024
0

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap agar semangat jiwa merdeka dan perpaduan yang ditonjolkan bersempena sambutan Hari Kebangsaan 2024...

Peroleh Kontrak RM100 Juta Untuk Loji Tenaga Suria 50MWac

Peroleh Kontrak RM100 Juta Untuk Loji Tenaga Suria 50MWac

22/01/2024
0

PETALING JAYA – Samaiden Group Berhad (Samaiden) mengumumkan Samaiden Sdn Bhd (SSB), anak syarikat milik penuh Samaiden, dengan ahli konsortiumnya...

Next Post

Rayuan Ditolak, Ziyad Sah Terlepas Pingat Emas

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd