Sunday, June 16, 2024

Creating liberating content

Singkirkan Waytha Moorthy Dari...

Diringkaskankan cerita. Tidak perlulah berhujah panjang lebar atau memberi sebab-sebabnya.Waytha Moorthy mesti disingkirkan...

Video Solat Tarawih Pantas,...

PUTRAJAYA - Solat yang dilakukan secara pantas dan dilaksanakan secara tergopoh-gapah adalah tidak...

Rosyam Nor Anggap Mohon...

TINDAKAN pengacara, Neelofa memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak di atas kesilapannya...

PRU15: BKM Fasa 4...

MELAKA – Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr. Mahathir Mohamad mempertikaikan kuasa...

Wan Hashim Mulakan Kayuhan Solo Kali Ketujuh

KOTA BHARU – Warga emas, Wan Hashim Wan Mahmood, 73, bersemangat memulakan cabaran kayuhan solo mengelilingi Semenanjung Malaysia, Selatan Thailand dan Singapura untuk kali ketujuh, hari ini.

Kayuhan solo itu akan diselesaikan dalam tempoh 29 hari hingga 5 Mei, merangkumi jarak sejauh 2,800 kilometer, sekali gus berpeluang mencipta rekod baharu dalam Malaysia Book of Records (MBOR).

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu, Datuk Zamri Ismail menyempurnakan pelepasan kayuhan tersebut pada 8.30 pagi.

Turut hadir bagi memberi semangat kepada Wan Hashim ialah ibunya, Hasmah Ahmad, 87, isteri Faridah Daud, 66, dan anggota keluarga serta sekumpulan pengayuh basikal sekitar bandar ini.

Wan Hashim yang juga dikenali sebagai Pak Wan berkata misinya kali ini adalah bagi mempromosi bandar Kota Bharu sebagai destinasi untuk dilawati dengan mengagihkan risalah pelancongan ke seluruh tempat yang dilaluinya, selain mencipta rekod keempat dalam MBOR.

“Sukan berbasikal ini sudah sebati dengan jiwa saya dan saban tahun keterujaan untuk berkayuh sentiasa menebal. Sehubungan itu, tahun ini sekali lagi saya meneruskan minat saya ini,” katanya kepada pemberita sebelum majlis pelepasan tersebut di sini.

Beliau berkata usia juga bukan halangan dan alasan untuknya berpuas hati dengan pencapaian sebelum ini, apatah lagi aktiviti tersebut ternyata menyumbang kepada kecergasannya pada usia emas.


“Cuma kelainannya tahun ini, saya akan tambah cabaran mengayuh di laluan Bukit Fraser, Pahang, selain melakukan pendakian di Bukit Broga, Semenyih dan Gunung Jerai, Kedah,” katanya.

Faridah pula berharap misi suaminya yang mendapat sokongan seluruh anggota keluarga itu akan berjaya ditamatkan dengan jayanya dan berdoa agar sentiasa dalam keadaan selamat dan cergas.

Wan Hashim sebelum ini mencipta tiga rekod dalam MBOR iaitu kayuhan berbasikal secara solo mengelilingi Semenanjung Malaysia sejauh 2,200 km pada 2014, kayuhan ke lima negara sejauh 8,000 km pada 2015 dan kayuhan 3,000 km melibatkan wilayah di Selatan Thailand, Semenanjung Malaysia serta Singapura pada tahun lepas. – BERNAMA

Kategori