• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Tendang Anak Orang Lain Main Buaian

oleh AK-47
30/04/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MENJADI masalah besar sekiranya perangai ibu bapa sendiri pun mengalahkan anak-anak kecil.

Itu situasi yang berlaku ke atas seorang bapa apabila bertindak menendang anak orang lain hanya kerana permasalahan kecil yang boleh diselesaikan dengan cara baik.

Dalam kejadian Rabu lalu di sebuah pusat permainan di Jakarta Utara, Indonesia, Jonathan Dunan, menendang kanak-kanak malang itu kerana ‘hangat hati’ anak perempuannya yang masih kecil terjatuh selepas terkena ayunan buaian yang dinaikinya.

Tindakannya itu turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) pusat permainan terbabit yang kemudiannya menjadi tular di media sosial.

“Saya sedang duduk pada jarak lima meter dan ternampak anak saya yang sedang bermain jatuh terkena ayunan buaian budak lelaki itu.

“Umur anak saya kurang dari tiga tahun, kurus, kalau gegar otak bagaimana. Saya spontan menendang budak lelaki itu. Kalau cuma jatuh dan bangun tak ada masalah,” kata Jonathan seperti yang dipetik portal berita Kumparan.

Biarpun lelaki itu mendakwa hanya mahu melindungi anak perempuannya, kekerasan yang ditunjukkan itu bagaimanapun tidak dapat diterima orang ramai.

Sementara itu di media sosial, turut tersebar rakaman video menunjukkan pertengkaran mulut ibu kepada kanak-kanak malang itu yang ‘naik hantu’ memarahi Jonathan.

“Anak saya juga nangis pak, ditendang-tendang sesuka hati. Nama pun playground, awasilah anak kamu dengan baik. 

“Kamu boleh cakap saja, jangan tendang, saya pun tak pernah tendang anak saya,” kata wanita itu dalam video tersebut,” kata wanita itu dalam video tersebut.

Bagaimanapun Jonathan dilihat tidak mahu mengalah dengan menjawab; “Anak kamu tak main buaian dengan cara betul. Kamu juga patut jaga anak sendiri, anak saya masih kecil,” katanya.

Tambah Jonathan, anak lelaki wanita itu menurutnya tidak mengikut peraturan bermain buaian dan ayunannya sangat tinggi.

“Buaiannya hampir hampir 90 darjah, bayangkan bagaimana saya panik. Saya sudah minta periksa CCTV tapi sekuriti tidak beri tindak balas,” katanya.

Dia juga tidak peduli jika kes ini dilaporkan kepada pihak berkuasa kerana menganggap keselamatan anaknya adalah yang paling penting. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Indonesiakanak-kanak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Elly Mazlein Akan Terus Bersuara Demi Hak Anak

Next Post

Kayveas Cuba Tarik Balik Surat Letak Jawatan MyPPP

Related Posts

Kepala Budak 2 Tahun Tersepit Celah Besi Penghadang Di Taska

Kepala Budak 2 Tahun Tersepit Celah Besi Penghadang Di Taska

03/07/2025
0

NIBONG TEBAL: Seorang kanak-kanak perempuan dua tahun menahan kesakitan kira-kira 10 minit selepas kepalanya tersepit pada celahan besi penghadang di...

Identiti 3 Termasuk Kanak-Kanak Maut Terbalik Di Pulau Perhentian Dikenal Pasti

Identiti 3 Termasuk Kanak-Kanak Maut Terbalik Di Pulau Perhentian Dikenal Pasti

29/06/2025
0

Jertih: Tiga termasuk dua kanak-kanak perempuan berusia 10 dan tiga tahun maut dalam kejadian bot terbalik di Pulau Perhentian malam...

Next Post

Kayveas Cuba Tarik Balik Surat Letak Jawatan MyPPP

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd