• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Elly Mazlein Akan Terus Bersuara Demi Hak Anak

oleh Haris
30/04/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BARU-BARU ini, pelakon dan penyanyi, Elly Mazlein dilihat kerap memuat naik status di media sosial menyindir bekas suami di media sosial berkenaan nafkah anaknya, Putri Sara Sefhia.

Membincangkan soal itu, aktres berusia 38 tahun itu mengakui akan sentiasa berjuang semi masa depan anaknya tanpa henti.

Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi menegaskan bahawa dia tidak peduli dengan pandangan orang luar terhadap dirinya memandangkan dia hanya berjuang untuk mempertahankan hak anaknya itu.

Elly yang suatu masa dahulu pernah popular dengan lagu Janji Kekasih menjadi bualan hangat netizen selepas menyindir bekas suaminya, Azmi Hatta di laman Instagram dengan mendakwa Azmi tidak menjenguk anak mereka selain liat membayar nafkah.

Baca: Padu! Elly Mazlein ‘Perli’ Bekas Suami Soal Nafkah

“Saya tidak pernah menghalang mereka berjumpa. Bagi saya, anak itu pembawa rezeki. Jika kita melaksanakan amanah Tuhan dengan baik, saya percaya pintu rezeki akan terbuka lebih luas. Itu yang cuba saya pertahankan,” katanya memetik laporan BH Online.

Rumah tangga Elly dan Azmi dibina pada 9 November 2014 namun jodoh mereka tidak kekal lama dan seterusnya berpisah hampir setahun kemudian iaitu pada 15 Oktober 2015.

Pada Oktober tahun lalu pula, Mahkamah Rendah Syariah Sepang telah menetapkan perintah supaya Azmi membayar nafkah bulanan kepada Putri Sara sebanyak RM1,500 setiap bulan.

Dalam pada itu, menceritakan mengenai perkembangan terbaharunya, Elly yang baru sahaja berkecimpung dalam bidang pengacaraan sebagai hos Mentor Otai teruja apabila mendapat maklum balas postif dari penonton.

Jelas Elly, dia pada mulanya resah dan tidak terfikir mampu menjalaskan tugas tersebut dengan baik bersama pasangan pengacaranya, Haziq Hussni dari Hot FM memandangkan sering menerima kecaman pada awalnya.

Selain itu, Elly juga mengakui kini mempelbagaikan cabang seni bagi menambah rezeki di dalam industri hiburan tanah air yang menyaksikan dia menyertai bidang pengacaraan selain masih berlakon dan menyanyi.

“Saya tidak menyangka percubaan pertama sebagai pengacara diterima baik penonton. Biarpun menerima kecaman pada peringkat awal, saya ambil itu sebagai teguran untuk terus membuktikan kemampuan.

“Mungkin ketika itu, penonton masih belum mengenali karakter sebenar saya. Benarlah kata pepatah, tidak kenal maka tidak cinta,” ujarnya.

Sementara itu, dia juga terharu apabila lakonannya sebagai watak antagonis dalam sebuah drama untuk slot Zehra terbitan TV3, Teratai Kemboja mendapat pujian dari mereka yang menonton.

“Saya juga teruja membawa watak jahat dalam Teratai Kemboja, terutama apabila lakonan saya berjaya membangkitkan kemarahan penonton.

“Kali pertama melakonkan watak antagonis, saya banyak membuat rujukan dan kajian kerana mahu lakonan saya memberi kesan,” katanya. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Tags: ELLY MAZLEINnafkah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pertumbuhan Pembiayaan Bersih Lebih Sederhana

Next Post

Video: Tendang Anak Orang Lain Main Buaian

Related Posts

Bicara Ubah Perintah Nafkah Anak Sam Bunkface 16 Mei

Bicara Ubah Perintah Nafkah Anak Sam Bunkface 16 Mei

03/04/2023
0

SHAH ALAM: Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari di sini menetapkan 16 Mei ini bagi menyambung perbicaraan kes tuntutan mengubah...

Elly Mazlein Selamat Bertunang

17/12/2019
0

PENYANYI, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein kini sah bergelar tunang kepada pasangannya, Mohamad Azlan dalam majlis yang berlangsung di Pusat...

Next Post

Video: Tendang Anak Orang Lain Main Buaian

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd