• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kayveas Cuba Tarik Balik Surat Letak Jawatan MyPPP

oleh AK-47
30/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tan Sri M. Kayveas menarik balik surat peletakan jawatannya yang bertarikh 23 April lalu selepas ia mendakwa surat berkenaan tidak dikemukakan kepada mesyuarat majlis tertinggi yang sah mengikut Artikel 9.9.1.4 Perlembagaan myPPP.

Kayveas turut mendakwa wujud konspirasi antara naib presiden kanan dan setiausaha perti itu untuk rampasan kuasa bagi jawatan tersebut.

Beberapa percubaan tidak sah itu dilakukan oleh sekumpulan anggota parti di lokasi rahsia di luar Ibu Pejabat Parti Progresif Penduduk Malaysia (myPPP), yang menyalahi perlembagaan parti itu, dakwanya.

Lantaran itu, Kayveas berkata, beliau akan tetap meneruskan menyambung tugas dan kuasanya sebagai Presiden myPPP.

“Saya akan kekal dan meneruskan tugas dan kuasa mengikut presiden (mengikut artikel 9.9.1) dan membawa disiplin dan penyatuan parti 1Malaysia pada masa depan,” katanya dalam sepucuk surat kepada Ahli-Ahli Majlis Tertinggi myPPP.

Surat itu bertarikh 27 April lalu.

Kayveas telah mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Presiden myPPP, Pengerusi myPPP Wilayah Persekutuan dan penasihat myPPP Perak pada 23 April lalu.

Pengumuman tersebut dibuat melalui beberapa laman media sosial miliknya, menjelang pengumuman calon Barisan Nasional (BN) Pahang yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 9 Mei ini.

Kayveas sebelum ini terlibat dalam perebutan kerusi Parlimen Cameron Highlands dengan MIC.

Kerusi panas itu kini diwakili oleh Ketua Pemuda MIC, Datuk Sivarraajh Chandran. – MYNEWSHUB.CC

Tags: myPPPTan Sri M.Kayveas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jam Sebagai Simbol, ‘Uncle Bond’

Jam Sebagai Simbol, ‘Uncle Bond’

12/11/2022
0

Bertanding di bawah simbol jam, ahli politik veteran Tan Sri M.Kayveas, yang lebih dikenali sebagai ‘Uncle Bond’ mahu pengundi di...

MYPPP Buat Laporan Kepada SPRM

30/10/2018
0

PUTRAJAYA - Majlis Tertinggi MyPPP hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat tuduhan RM36 juta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd