• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Pelajar Dibelasah Sebagai ‘Hadiah’ Hari Lahir

oleh AK-47
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Seorang pelajar lelaki di sebuah sekolah di bandar raya ini seakan-akan ‘merelakan’ dirinya dibelasah sekumpulan rakan ketika menyambut hari lahirnya.

Menerusi rakaman video yang tular di media sosial itu, pelajar dikenali sebagai Khairul dibelasah kira-kira lapan pelajar lain kononnya sebagai ‘tradisi’ sambutan hari lahir.

Kumpulan pelajar berkenaan pada mulanya menyanyikan lagu ‘selamat hari lahir’ kepada mangsa sebelum bertindak menyepak dan memukulnya menggunakan kayu penyapu.

Turut kelihatan membuli mangsa adalah pengawas, manakala tiga lagi pelajar beruniform kokurikulum dalam video berdurasi 29 saat itu.

Meskipun mangsa dilihat ‘ketawa’ mengerang kesakitan, kumpulan pelajar terbabit terus bertindak memukul dan menyepak mangsa.

Setakat berita ini ditulis, video tersebut mendapat lebih 37,000 tontonan di Facebook dan dikongsi sebanyak 383 kali.

Rata-rata netizen berang dengan ‘tradisi’ sambutan tersebut yang dianggap kurang bijak dan agak melampau.

Malah netizen turut meminta pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku.

Sementara itu dalam laporan portal Harian Metro, insiden buli berkenaan berlaku pada Februari lalu namun kejadian itu hanya diketahui pada Jumaat lalu selepas video berkenaan tular di laman sosial

Ketua Polis  Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, bagaimanapun berkata, tiada laporan polis dibuat berhubung kejadian itu.

“Polis masih belum menerima laporan mengenai kejadian ini. Namun sekiranya ada laporan, kita akan siasat sebelum mengambil tindakan selanjutnya,” katanya. -MYNEWSHUB.CC

 

Tags: buliSekolah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

26/09/2026
0

KUALA PILAH - Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mengarahkan Jemaah Nazir menjalankan audit segera susulan kematian seorang murid Tingkatan...

Bayaran Ansuran Pakaian Seragam Sekolah Bantu Ringankan Beban Rakyat

Bayaran Ansuran Pakaian Seragam Sekolah Bantu Ringankan Beban Rakyat

08/08/2026
0

NIBONG TEBAL - Kerajaan mengambil langkah bijak dan pendekatan di luar kotak bagi mengurangkan beban golongan ibu bapa dengan menyediakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd