• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Padah Tunjuk Hebat Buat Aksi ‘Superman’

oleh AK-47
15/02/2025
dalam Utama & Sensasi, Video Viral
0
Share on FacebookShare on Twitter

AKSI ‘superman’ yang dipersembahkan seorang penunggang motosikal ini akhirnya memakan diri apabila terjatuh dan terseret beberapa meter di tengah jalan raya.

Dalam kejadian yang tidak dinyatakan masa dan lokasinya itu, rakaman video amatur yang dirakam dari dua rakannya itu menunjukkan mangsa pada awalnya melakukan aksi berbahaya berkenaan sambil motosikalnya dipandu laju di lorong kanan.

Entah bagaimana, secara tiba-tiba mangsa terjatuh dipercayai akibat tergelincir dan motosikalnya hampir dilanggar oleh sebuah kenderaan SUV di lorong tengah.

Mangsa yang terjatuh secara meniarap terseret beberapa meter ke hadapan dan nyaris dilanggar oleh rakannya dari belakang.

Tidak diketahui bagaimana keadaan mangsa, namun tindakan lima penunggang motosikal itu dikecam teruk selain dijadikan bahan cemuhan oleh netizen.

Namun apa yang menghiburkan netizen, rakaman berdurasi 31 saat itu turut diselitkan dengan lagu beralunan sayu bagi menggambarkan keadaan mangsa yang ‘kecundang’ ketika sedang beraksi.

“Handal adik ni. Moga jadi pengajaran. Tu fly macam superman, tandanya riak. Kalau dah 40 orang sumpah kau bawa macam tu, maknanya akan jadi doa. Harap berubahlah ye. Sayang mak dan ayah kamu,” kata Rizal Faris.

“Main sebelah kereta time hujan, memanglah angin tolak. Lagi-lagi hujan, jatuhlah jawabnya. Hahaha!” gelak Azeril Husain mentertawakan mangsa. – MYNEWSHUB.CC

Tags: kemalanganMat Rempit
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

26/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ALOR GAJAH – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di Kilometer 198.5...

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  SHAH ALAM – Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja akhirnya terungkai dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd