• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: “Bang, Saya Dah Tengok Dah…”

oleh AK-47
11/04/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

“BANG, saya dah tengok dah,” demikian reaksi seorang penumpang apabila pintu kereta yang dibukanya secara tidak sengaja dilanggar sebuah kenderaan lain dari arah belakang.

Menerusi video tular berdurasi 44 saat itu, penumpang yang dipercayai menaiki kereta Grab bersama dengan adik lelakinya itu sampai ke destinasi mereka dan kemudian membayar jumlah tambang dikenakan sebanyak RM6.

Bagaimanapun sebaik sahaja mengucapkan terima kasih, wanita itu terus membuka pintu belakang sebelah kiri tanpa menoleh keadaan jalan di belakang kereta tersebut.

Dalam masa yang sama, datang sebuah kereta Perodua Myvi yang datang dari arah belakang dan cuba memintas kenderaan Grab yang berhenti di tepi jalan itu.

Tidak sempat mengelak, kereta Myvi itu terlanggar pintu itu dengan kuat menyebabkan kerosakkan teruk pada pintu kereta Grab tersebut.

Ketiga-tiga mereka terkejut dengan kejadian itu dan tergamam seketika. Namun pemandu Grab dengan tenang dan masih mampu tertawa kecil dengan kejadian yang tidak disangkakan itu.

Sementara itu, wanita berkenaan mendakwa dia sudah melihat keadaan jalan sebelum membuka pintu kereta.

Adik lelakinya juga sempat bertanya bagaimana kejadian itu boleh berlaku dan apakah kereta Myvi itu dipandu dengan laju secara tiba-tiba?

Bagaimanapun pada teks yang disertakan dalam video itu mendakwa, penumpang berkenaan tidak memandang dahulu keadaan jalan di belakang sebelum membuka pintu.

“Buka pintu tak tengok belakang. Boleh pulak claim dah tengok belakang,” tulis kapsyen yang tertera di dalam video. Tidak diketahui apa yang berlaku seterusnya.

Namun netizen di media sosial meluahkan rasa kasihan dengan kejadian yang menimpa ke atas pemandu terbabit dan juga penumpang yang mungkin tidak menyangka kejadian itu boleh berlaku.

Justeru, orang ramai yang sering menggunakan perkhidmatan awam seperti Grab atau teksi, ataupun kereta persendirian dinasihatkan untuk memerhatikan keadaan jalan raya.

Pastikan sejenak tiada kereta lalu bersebelahan sebelum membuka pintu bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Grab
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penumpang OKU Dakwa Dilayan Buruk Pemandu Grab Di Sri Damansara

Penumpang OKU Dakwa Dilayan Buruk Pemandu Grab Di Sri Damansara

12/01/2026
0

PETALING JAYA – Insiden tikam lidah antara seorang pemandu e-hailing dengan penumpangnya viral dan mencetuskan perdebatan dalam masyarakat. Pemandu berkenaan...

Penumpang Dakwa Pemandu E-Hailing Bertindak Berbahaya, Ambil Telefon & Nilai Diri Sendiri 5 Bintang

Penumpang Dakwa Pemandu E-Hailing Bertindak Berbahaya, Ambil Telefon & Nilai Diri Sendiri 5 Bintang

03/01/2026
0

KUALA LUMPUR – Seorang pengguna media sosial mendakwa adiknya berdepan pengalaman mencemaskan apabila pemandu perkhidmatan e-hailing dipercayai menggunakan telefon bimbit...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd