• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMK Universiti Pertama Pemangkin Keusahawanan Sosial

oleh Ahmad Albab
01/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BACHOK – Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mencatat sejarah tersendiri pada hari ini selepas dipilih Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk menjadi pemangkin kepada Keusahawanan Sosial menerusi penubuhan Pusat Keusahawanan Sosial (PKS) yang pertama di negara ini.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berkata pusat berkenaan akan memberi manfaat kepada pelajar universiti awam yang mahu memulakan perniagaan mereka.

“Menerusi PKS, dana akan dikumpulkan dan diagihkan kepada pemohon yang berjaya secara mikrokredit di mana pelaburan ini ke atas syarikat berdasarkan pelan perniagaan yang dinilai sahaja.

“Syarikat (yang ditubuhkan pelajar) pula hanya membayar balik jumlah dana yang dipinjam dan sedikit yuran perkhidmatan yang dikenakan. Hasil keuntungan syarikat akan kekal dalam syarikat bagi membolehkan syarikat terus berkembang,” katanya ketika berucap merasmikan UMK Social Business Forum di UMK Kampus Bachok di sini, hari ini.

Hadir sama Menteri Mentor UMK merangkap Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) Datuk Dr Awang Adek Hussain dan Naib Canselor UMK Prof Datuk Dr Husaini Omar.

Keusahawanan sosial merujuk kepada pelabur yang melabur dalam sesuatu perniagaan dan hanya mendapat kembali modal yang dilaburkan tanpa keuntungan.

Keuntungan pula digunakan 100 peratus oleh syarikat bagi mengembangkan perniagaan. Ia merupakan satu konsep baharu berasaskan ‘selfless’ dan bukan berasaskan ‘greed, exploitation’ dan selfishness’.

Pada forum berkenaan, sebanyak RM2.64 juta dana berjaya dikumpulkan hasil sumbangan KPT sebanyak RM1 juta, UMK (RM1 juta) dan bakinya daripada 11 syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta.

Mengulas lanjut, Idris berkata konsep Keusahawanan Sosial ini merupakan bidang baharu yang boleh diteroka dan mampu mengatasi masalah kemiskinan menerusi kelestarian kewangan dan ekonomi.

Beliau berkata entiti perniagaan yang wujud dalam konsep kapitalisme bermula sebagai medium untuk memudah cara perniagaan dan transaksi sesama manusia, syarikat dan organisasi namun ia berganjak daripada kemakmuran masyarakat kepada keuntungan semata-mata dan demi memenuhi kehendak pemegang saham.

“Perkara ini telah mewujudkan keadaan di mana ketamakan dan kepentingan diri mengatasi aspek kemakmuran masyarakat. Daripada masalah yang wujud dalam sistem kapitalisme, konsep Keusahawanan Sosial mula mendapat tempat di dunia.

“Objektif paling utama entiti perniagaan melalui Keusahawanan Sosial ialah memastikan kehidupan masyarakat setempat atau komuniti mendapat faedah,” katanya. – BERNAMA

Tags: Idris JusohUMK
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pengundi Muda Harus Bijak Buat Penilaian

Next Post

2 Lelaki Dikhuatiri Lemas Ketika Mandi Di Sungai Lembing

Related Posts

Idris Jusoh Minta Jangan Percaya Beliau Akan Keluar UMNO

15/12/2018
0

BESUT - “Jangan percaya”, demikian jawapan ringkas bekas Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berhubung dakwaan beliau bakal keluar...

Mini Konvokesyen UMK Penuhi Hajat Graduan Dalam Wad

13/12/2018
0

KOTA BHARU – Universiti Malaysia Kelantan (UMK) memenuhi hajat seorang graduan untuk menyarung jubah konvokesyennya dengan mengadakan Majlis Khas Penyampaian...

Next Post

2 Lelaki Dikhuatiri Lemas Ketika Mandi Di Sungai Lembing

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd