• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Lelaki Dikhuatiri Lemas Ketika Mandi Di Sungai Lembing

oleh Ahmad Albab
01/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Dua lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi di tapak perkelahan Sungai Pasir Kubur, Sungai Lembing di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, Muhammad Ikhbal Abu Bakar Chandran, 24, dan Dola Kamarudin, 32, dipercayai dihanyutkan arus sungai yang datang secara mendadak sebelum lemas.

Difahamkan pengunjung lain yang menyaksikan kejadian itu cuba membantu menyelamatkan mangsa namun gagal sebelum menghubungi pihak berkuasa.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang Mohd Sani Harul berkata pihaknya menerima panggilan pada 4.07 petang sebelum satu jentera dengan seorang pegawai dan empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Indera Mahkota dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Unit Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dan bomba sukarela turut bergegas ke lokasi bagi melakukan kerja mencari dan menyelamat mangsa.

“Pusat operasi juga dibuka serta keterangan beberapa saksi kejadian telah diambil bagi membantu pencarian mangsa,” katanya ketika dihubungi, di sini. – BERNAMA

Tags: mati lemas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Isteri Mimpi Suami ‘Minta Tolong Bawa Naik’

30/03/2021
0

KUALA BERANG - "Malam tadi saya bermimpi suami datang kata rindukan saya dan dia juga meminta tolong membawa dia naik....

Budak 2 Tahun Mati Lemas Dalam Besen Rumah Pengasuh

03/03/2021
0

GEORGETOWN - Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun ditemui tidak sedarkan diri selepas dipercayai lemas dalam besen di rumah pengasuhnya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd