MUNGKIN akibat tertekan dengan keadaan menimpa dirinya, penyanyi yang popular ketika era 1970-an, Uji Rashid berasa sedikit terkilan dengan kenyataan beberapa akhbar dan portal tempatan.
Baca: Penyakit Misteri Buat Cico Buta Huruf, Tak Boleh Kerja
Sebelum ini, menerusi sebuah akhbar tempatan, Uji mengakui bahawa anaknya, Cico Harahap atau nama sebenarnya Ezzaq Farrouq Harahap Jamaludin, tidak boleh bercakap dan membaca bagaikan buta huruf dan bisu.
“Selepas terkena penyakit misteri, kehidupan anak saya tidak seperti orang lain. Tidak boleh membaca dan bercakap adalah sebahagian daripada penyakit yang dihidapi.
“Yang paling teruk apabila dia tidak mampu lagi bekerja seperti biasa,” kongsi Uji menerusi sebuah akhbar tempatan.
Juga: “Cico Bukan Pekak Atau Bisu, Cuma Tak Sihat” – Uji
Bagaimanapun, hari ini di portal Harian Metro, Uji telah meluahkan rasa kekesalannya terhadap penularan berita berkenaan anaknya itu.
Uji turut mendakwa bahawa ada segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab telah memutar belit kenyataannya sebelum ini.
“Saya ingin tegaskan, Cico tidak mengalami masalah seperti diperkatakan. Memang saya geram dibuatnya apabila cerita itu timbul dan sengaja diadakan-adakan segelintir pihak tidak bertanggungjawab.
“Saya mengakui Cico ada mengalami masalah selepas dianiaya kawan-kawannya. Secara fizikalnya keadaan Cico okay. Memang dulu dia susah untuk bercakap, tetapi sekarang sudah ada perkembangan positif,” katanya dipetik daripada portal Harian Metro.
Tambah Uji, kelakuan Cico kini bagaikan kanak-kanak yang sedang mahu belajar membesar.
Selepas kejadian pada tahun 2016 lalu, bapa kepada seorang cahaya mata itu langsung tidak mengenali dirinya dan tidak mampu untuk mengeja namanya sendiri.
Malah, racun yang telah diletakkan oleh rakannya ketika kejadian itu telah menyebabkan kerosakan pada otak, organ dalaman serta kotak suaranya.
Pada 25 Disember 2016 yang lalu, Cico dikatakan telah diracun oleh rakannya sendiri selepas keluar bersama mereka ketika kejadian.
Dia telah diracuni selepas ada individu yang meletakkan benda asing itu di dalam minumannya dan akibat kejadian itu, mereka sekeluarga tepaksa mendapatkan rawatan di hospital dan juga menjalani beberapa perubatan Islam.
Kemungkinan besar disebabkan kejadian berat yang menimpa diri Uji baru-bnaru ini, dia bagaikan tertekan selepas diasak oleh banyak pihak berhubung penyakit misteri yang menimpa anak tunggalnya itu.
“Sudah banyak pengalaman saya tempuh. Kalau esok saya jatuh, hari seterusnya saya kena bangun kembali demi cucu dan anak saya yang tidak mampu ini.
“Faktor usia yang meningkat jadi faktor utama saya berbuat demikian, selain fikirkan kebajikan Cico dan cucu saya, Rindu Nur Fitrah,” tambahnya.
Lagi: Lewat Bayar Sewa, Uji Sedih Berita Kena Usir Tersebar
Namun disebalik ujian yang datang, siapa sangka bahawa Uji telah menerima banyak tawaran membuat persembahan serta berlakon.
Tetapi sayang seribu kali sayang, dia terpaksa menolak segala tawaran berkenaan kerana dia perlu menjaga Cico yang memerlukan perhatiannya setiap masa.
“Saya berterima kasih dan menghargai keprihatinan ditunjukkan. Cuma, Cico memang perlu rawatan secara berterusan dan kadang kala sukar untuk saya terima sesuatu tawaran,” ujarnya lagi. – MYNEWSHUB.CC/AH