• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tol Dalam Bandar Kekal, GST Mansuh Secara Berperingkat

oleh AK-47
04/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa kenyataan beliau menolak manifesto Pakatan Harapan untuk memansuhkan tol semalam hanya merujuk kepada tol dalam bandar.

Dakwa beliau, keputusan sebenar Pakatan Harapan jika menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) adalah tol di kawasan bandar akan dikekalkan mengikut kontrak.

“Saya nak terangkan kenyataan saya pasal tol. Keputusan kita (Pakatan Harapan) tol dalam bandar akan kita kekalkan mengikut kontrak,” katanya pada satu sidang media hari ini.

Semalam Mahathir mengakui beliau ‘tidak boleh terima’ manifesto Pakatan Harapan yang mahu mansuhkan tol sekiranya menang PRU14 akan datang.

Beliau membuat pengakuan itu selepas menghadiri Program Bicara Bersama Tun M Siri2.0: Cabaran Ekonomi Anak Muda anjuran Akademi Siasah Anak Muda.

Mengakui ia adalah satu perbezaan pendapat dalam Pakatan Harapan, kata Mahathir: “Saya ada pengalaman berkenaan tol, saya tidak boleh terima kita akan hapuskan tol.

“Kalau tiada tol kita tidak boleh maintain (selenggara), kita tak boleh luaskan jalan, kalau kita nak buat jalan baharu… syarikat swasta tidak akan buat kalau tak dapat pulangan,” kata Mahathir.

Manifesto PRU-14 Pakatan Harapan yang diumumkan baru-baru ini antara lain berjanji akan menghapuskan tol secara berperingkat.

Mahathir seterusnya mendakwa kenyataan beliau Pakatan Harapan tidak bercadang memberi pendidikan percuma cuma merujuk kepada institusi pengajian tinggi awam bukan swasta.

Semalam beliau turut dipetik berkata, Pakatan Harapan tidak bercadang untuk memberi pendidikan percuma sekiranya menang PRU14.

“Biasanya, benda yang ‘free’ (percuma) dianggap tiada harga… maka Pakatan Harapan akan menawarkan bilangan biasiswa pada semua peringkat pendidikan,” kata Mahathir.

Selain itu, Mahathir mengaku cukai barang dan perkhidmatan (GST) tidak akan segera dihapuskan jika Pakatan Harapan menang PRU14, sebaliknya secara berperingkat-peringkat.

Beliau bagaimanapun ditegur oleh seorang pemimpin Pakatan Harapan lain bahawa GST akan dimansuhkan dalam tempoh 100 hari dan Mahathir meminta maaf kononnya beliau tersilap. – MYNEWSHUB.CC

Tags: GSTTun Dr Mahathir Mohamad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kerajaan melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

‘Netanyahu Patut Ditangkap Dan Dihukum Gantung’ – Tun M

‘Netanyahu Patut Ditangkap Dan Dihukum Gantung’ – Tun M

23/11/2024
0

KUALA TERENGGANU - Tindakan waran tangkap dikeluarkan terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd