• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TMJ Saran Agar Kekalkan Kapal, Namun Netizen Pula…

oleh AK-47
09/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUNKU Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim semalam memberikan pendapat peribadinya secara ikhlas, yang difikirkan terbaik untuk Johor dan negara ini agar tidak menyebelahi mana-mana parti politik.

Dalam catatan panjang yang dimuat naik kira-kira jam 7.15 malam Sabtu itu, TMJ menegaskan rakyat berhak untuk memilih siapa sahaja calon yang dipertandinngkan pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 nanti.

Namun mereka perlu ingat bahawa setiap calon yang dipilih mestilah berkhidmat dan memberi keutamaan kepada rakyat, bukannya kepada agenda peribadi.

Isi catatan tersebut dalam kata lainnya menasihatkan rakyat agar buka mata dan berhati-hati dengan helah yang diperjuangkan oleh seorang individu berusia 93 tahun.


Tanpa menamakan Tun Dr. Mahathir, baginda menegaskan Johor tidak akan pernah lupa kepada bekas perdana menteri itu yang ingin membubarkan Angkatan Setia Negeri Johor (JMF) yang wujud sejak 1886.

Malah Pengerusi Pakatan Harapan itu juga pernah berangan mahu menarik kuasa Sultan Johor yang memerintah serta memperkecilkan perlembagaan negeri Johor yang wujud sebelum adanya negara bernama Malaysia.

Pun begitu, respon-respon di ruangan komen daripada segelintir netizen yang mana ada di dalam kalangannya menggunakan akaun palsu cuba menolak pandangan TMJ dan seakan menzahirkan sokongan ke atas Pakatan Harapan.

Antara perkara ditomahkan mereka adalah berkenaan isu kedudukan Raja yang konon tidak harus mencampuri dalam soal politik dan masalah kos hidup yang semakin runcing ekoran penguatkuasaan cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Respon berbeza-beza yang terpapar dalam catatan tersebut seolah bersetuju sekiranya Umno perlu ditolak sama ada daripada penyokong parti PAS ataupun daripada Pakatan Harapan.

Biarpun pelbagai komen yang seoalah menyalahkan kerajaan, masih ada sinar daripada kalangan penyokong Barisan Nasional (BN) yang utuh bersetuju dengan pandangan jujur TMJ itu.

Apakah tsunami politik yang berlaku pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 dahulu akan berulang kembali di Johor?

Sebagai rekod, dalam PRU-13 yang lepas terdapat sedikit perubahan yang berlaku di mana pergerakan sokongan daripada BN Johor beralih kepada pembangkang.

Bagaimanapun, BN Johor masih kekal memegang majoriti apabila menguasai 21 daripada 26 kerusi Parlimen, dengan 15 daripadanya milik Umno. -MYNEWSHUB.CC

Tags: TMJUMNOUMNO Johor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sudah sampai masanya untuk UMNO keluar Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd