• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tindakan Undang-Undang Terhadap Mahfuz

oleh Ahmad Albab
15/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – PAS Terengganu bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap Anggota Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang menuduh tiga pemimpin PAS negeri itu menerima RM1 juta daripada UMNO.

Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Saiful Bahri Mamat berkata pihaknya menafikan perkara itu berlaku dan telah memberi tempoh masa yang lama kepada Mahfuz untuk mengemukakan bukti berhubung dakwaannya, namun sehingga kini tiada sebarang maklum balas daripadanya.

“Kita sudah meminta beliau (Mahfuz) membuat laporan polis (berhubung tuduhan) dan kemukakan bukti terhadap tuduhan beliau, namun, sehingga ke hari ini, beliau masih belum membuat sebarang laporan.

“Jangan sewenang-wenangnya melemparkan tuduhan seperti itu kepada PAS. Tuduhan seperti ini mencemarkan serta memberi imej buruk kepada PAS di Terengganu,” katanya dalam sidang media khas PAS Terengganu di sini, hari ini

Mahfuz dalam satu program ceramah di Padang Serai, Kedah, baru-baru ini, mendakwa terdapat tiga pemimpin PAS Terengganu menerima sejumlah wang daripada pemimpin UMNO tertentu yang dimasukkan melalui akaun amanah PAS pada Mac lalu.

Mahfuz yang mengumumkan keluar PAS pada 31 Disember tahun lepas dan menyertai Parti Amanah Negara, dilaporkan turut mendakwa sejumlah wang telah dimasukkan ke dalam akaun Jabatan Pembangunan PAS Pusat atau Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat.

Saiful Bahri juga berkata Mahfuz sepatutnya membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung tuduhannya itu.

Beliau menegaskan PAS merupakan sebuah parti politik yang mempunyai dana sendiri yang mencukupi untuk operasi parti dan juga untuk bertanding dalam pilihan raya umum.

“Ahli PAS di Terengganu sendiri sudah melebihi 100,000 orang, dan kita sudah biasa membuat kutipan (dana) untuk menjalankan kerja parti dari dahulu hingga kini.

“PAS memiliki pusat-pusat tarbiah, dewan dan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI), yang semuanya dibangunkan melalui sumbangan ahli dan orang ramai. Kita juga pernah menganjurkan kutipan derma yang melibatkan kebajikan,” katanya.

Saiful Bahri berkata PAS Terengganu tidak pernah mengalami masalah kekurangan dana seperti yang didakwa.

“Jangan anggap PAS Terengganu ini terlalu miskin sehingga mengharapkan bantuan (dana) daripada UMNO. Sedangkan kita lawan UMNO (dalam pilihan raya umum),” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Mahfuz OmarPAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu kesal kerana Kerajaan Madani didakwa telah difitnah...

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - “Adakah kali ini pimpinan parti Melayu benar-benar serius atau disebabkan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) sudah semakin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd