• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Timbalan Presdien Dan Naib Presiden PRS Dipecat

oleh Ahmad Albab
23/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Parti Rakyat Sarawak (PRS) hari ini memecat timbalan Presidennya Datuk Joseph Entulu Belaun, serta Naib Presiden Datuk William Nyalau Badak, bersama tiga lagi anggota Majlis Tertinggi kerana dikatakan ‘menganggu kesatuan parti’.

Presiden PRS Tan Sri James Masing mengumumkan perkara itu selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa khas PRS di pejabat parti itu di sini malam ini.

Entulu, yang merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, adalah penyandang kerusi parlimen Selangau, manakala Nyalau adalah penyandang kerusi parlimen Lubok Antu.

Tiga lagi yang dipecat ialah Nyempah Sabot, Edward Kurik dan Adriana Chumang Nyambung yang dikatakan bersubahat.

Masing berkata jawatankuasa khas yang bermesyuarat malam ini memeriksa dan mendapati kelima-lima mereka bertindak mengingkari keputusan parti mengenai calon-calon yang ditetapkan untuk bertanding atas tiket PRS pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Menurutnya Entulu mengingkari keputusan parti untuk tidak mencalonkannya semula bagi mempertahankan kerusi Selangau, manakala Nyalau pula membuat pengumuman terbuka bahawa beliau akan bertanding sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi mempertahankan kerusi Lubok Antu.

“Surat pemecatan telah disediakan dan akan dihantar kepada semua yang terlibat. Kami terpaksa melakukan ini, untuk menghentikan segala masalah yang timbul,” katanya dalam persidangan media di sini malam ini.

Masing turut mengumumkan keputusan parti untuk meletakkan muka baharu sebagai calon PRS di Selangau iaitu Rita Sarimah Insol, dan Robert Pasang Alam di Lubok Antu.

Calon lain ialah empat anggota parlimen yang akan mempertahankan kerusi masing-masing, terdiri daripada Datuk Joseph Salang (Julau), Datuk Masir Kujat (Sri Aman), Datuk Wilson Ugak Kumbong (Hulu Rajang) dan Datuk Aaron Ago Dagang (Kanowit). – BERNAMA

Tags: dipecatPRS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kembalilah Ke ‘Rumah Bangsa’, UMNO Sedia Terima Pemimpin Bersatu Dipecat – Asyraf Wajdi

Kembalilah Ke ‘Rumah Bangsa’, UMNO Sedia Terima Pemimpin Bersatu Dipecat – Asyraf Wajdi

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mempelawa pimpinan dan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)...

Fitri Jadi Pengadil Pertama Dalam Sejarah Dipecat FAM

Fitri Jadi Pengadil Pertama Dalam Sejarah Dipecat FAM

16/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Sejarah baharu tercipta dalam arena kepengadilan negara selepas Fitri Maskon menjadi pengadil pertama dipecat daripada semua tugasan oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd