• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tidak Bercadang Wujud Mahkamah Khas Berita Palsu

oleh Ahmad Albab
06/04/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan belum bercadang mewujudkan satu mahkamah khas bagi membicarakan kes-kes di bawah Akta Antiberita Tidak Benar 2018, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata kes-kes di bawah akta berkenaan setakat ini diputuskan diperuntukkan di bawah Mahkamah Sesyen untuk dibicarakan.

“Bagaimanapun, sama ada akan mewujudkan mahkamah khas tertakluk kepada senarai kebanyakan kes yang akan dipantau pihak Bahagian Undang-undang Jabatan Perdana Menteri terhadap kes-kes sedemikian,” katanya pada sesi pertanyaan menteri di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu) yang ingin tahu sama ada kerajaan akan mewujudkan mahkamah khas bagi membicarakan kes di bawah akta berkenaan memandangkan Mahkamah Sesyen mempunyai banyak kes untuk dibicarakan dan sama ada kes di bawah akta ini diberi kelonggaran untuk mendapatkan sijil kesegeraan.

Rang Undang-undang akta berkenaan yang bertujuan antara lain bagi menangani masalah penyebaran berita tidak benar dalam perkembangan teknologi moden diluluskan Dewan Negara Selasa lepas.

Mengulas lanjut, Azalina berkata kerajaan tidak menghalang mana-mana pihak untuk menggunakan sijil berkenaan jika mereka memerlukan.

“Kita juga tak dapat nafikan jika mana2 pihak memerlukan memasukkan sijil kesegeraan memang tidak akan dihalang mahkamah,” katanya. – BERNAMA

Tags: berita palsuDatuk Seri Azalina Othman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lagi Individu Kena Siasat Didakwa Sebar Berita Palsu Diesel kepada Filipina

Lagi Individu Kena Siasat Didakwa Sebar Berita Palsu Diesel kepada Filipina

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) meneruskan tindakan terhadap pihak yang disyaki menyebarkan berita palsu berhubung pembekalan...

Dakwaan Harga Diesel Naik Tidak Benar – Fuziah Salleh

Dakwaan Harga Diesel Naik Tidak Benar – Fuziah Salleh

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Dr. Fuziah Salleh menafikan dakwaan tular...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd