• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tan Sri Napsiah Omar Meninggal Dunia

oleh AK-47
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Pengerusi Tetap Wanita UMNO, Tan Sri Napsiah Omar meninggal dunia pada 6.10 petang tadi akibat barah hati.

Beliau berusia 74 tahun.

Semasa mengesahkan perkara itu, saudara terdekat beliau, Datuk Yahya Hamid berkata allahyarham meninggal dunia di rumah anak lelakinya di Ampang Jaya dekat Kuala Lumpur.

“Jenazah masih berada di Ampang Jaya dan dijangka dibawa pulang ke Kuala Pilah malam ini,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau memberitahu bahawa jenazah allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Melang, Kuala Pilah sebelum solat Zohor esok.

Allahyarham meninggalkan empat orang anak iaitu seorang lelaki dan tiga perempuan.

Napsiah pernah menjadi Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 1982, Menteri Perusahaan Awam (1987), Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Sosial (1990) serta Anggota Majlis Eksekutif Negeri Sembilan (1995-1999).

Beliau menyertai UMNO cawangan Kuala Pilah pada 1972 sebelum menjadi Anggota Parlimen Kuala Pilah selama tiga penggal sejak 1982.

Beliau kemudian menjadi Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pilah selama penggal selepas menewaskan Ruslan Kassim daripada PKR dengan majoriti 2,818 undi pada Pilihan Raya Umum ke-10 pada 1999. – BERNAMA

Tags: meninggal duniaTan Sri Napsiah Omar
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Joey Bumiputra Rockers Meninggal Dunia

Joey Bumiputra Rockers Meninggal Dunia

29/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Penyanyi kumpulan rock terkenal Bumiputra Rockers, Johari Mat Rozekhi atau lebih dikenali sebagai Joey, 63, meninggal dunia...

Laung Hidup Melayu, Bila Meninggal Dunia Harta RM4 Bilion – PMX Anwar

Laung Hidup Melayu, Bila Meninggal Dunia Harta RM4 Bilion – PMX Anwar

23/07/2026
0

PAROI - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa terdapat bekas menteri yang semasa hayatnya sering melaungkan hidup Melayu, tetapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd