• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Akan Biar Usaha Majukan Pantai Timur Digagalkan

oleh Ahmad Albab
21/04/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bertekad tidak akan membiarkan usaha pembangkang menggagalkan perancangan Barisan Nasional (BN) untuk terus memaju dan mensejahterakan penduduk Pantai Timur dan Malaysia secara keseluruhannya.

Najib berkata projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) membawa banyak manfaat kepada Pantai Timur dan juga Malaysia semasa pembinaan dan setelah disiapkan kerana memberi peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan dan menambah nilai hartanah di kawasan yang dilaluinya.

“Malah kita meramalkan pertumbuhan KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) negeri-negeri Pantai Timur akan meningkat sebanyak 1.5 peratus,” katanya dalam catatan terkininya di blog NajibRazak.com hari ini.

Najib berkata amat menghairankan mengapa pembangkang begitu menentang projek ECRL disebalik manfaat yang dibawa kepada Pantai Timur dan begitu ingin melihat projek infrarakyat itu gagal.

Beliau berkata selain mengugut untuk menghentikan projek ECRL jika mereka berkuasa, pembangkang juga cuba untuk mengelirukan dan menanam kebencian kepada rakyat dengan memutar-belit fakta mengenai pembinaan ECRL.

“Mereka juga kata projek tersebut satu pembaziran dan tiada keperluan untuk rakyat walhal mereka sendiri sedar ECRL mampu memperbaiki jurang pembangunan di Pantai Timur dan membawa banyak manfaat kepada rakyat,”katanya.

Najib turut mempersoalkan sama ada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad masih belum puas hati walaupun setelah 22 tahun mengabai, menganaktirikan dan mendera penduduk Pantai Timur terutamanya di Kelantan, sehinggakan masa depan mereka yang kini lebih cerah bersamanya dan BN ingin dimalapkan.

“Saya tak akan biarkan penduduk Pantai Timur kembali kepada zaman kegelapan di bawah Dr Mahathir! Insya-Allah, jika terus diberi mandat, kita akan lengkapkan ECRL, kita akan pastikan Pantai Timur maju dan berjaya seiring kemajuan Malaysia,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Media Berbahasa Cina Lapor Ucapan “Terima Kasih Najib” Penuhi Ruangan Komen LRT3

Media Berbahasa Cina Lapor Ucapan “Terima Kasih Najib” Penuhi Ruangan Komen LRT3

29/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Media berbahasa Cina melaporkan ruangan komen di media sosial hari ini dipenuhi ucapan penghargaan kepada bekas Perdana...

Pelancaran LRT3 Bukti Kerajaan Madani Utama Rakyat – Pemimpin PH

Pelancaran LRT3 Bukti Kerajaan Madani Utama Rakyat – Pemimpin PH

28/06/2026
0

SHAH ALAM - Pelancaran LRT3 Laluan Shah Alam oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini didakwa menjadi bukti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd